13 December 2010

RAYA 2010 - IHL di masjid UNITEN

UNITEN, BANGI - Pertubuhan IKRAM Malaysia, cawangan Hulu Langat telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431H bertempat di dewan masjid UNITEN, Bangi. Berikut merupakan laporan bergambar pada hari tersebut:


Sunathon 2010 Di Masjid Hasanah Bangi


BANDAR BARU BANGI - Ahad 12hb Disember 2010, Seawal 6.45 pagi, para petugas terutamanya dari HPAN telah berada di perkarangan masjid Hasanah bersedia untuk memulakan tugas pada pukul 7 pagi di mana pendaftaran peserta sunathon bermula. Sunathon ini adalah kerjasama antara IKRAM Hulu Langat, HPAN, masjid Hasanah dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.

11 December 2010

Let Us Be Muslim


BANGI - "Eh, adik bukan tengah spm ke?" tanya seorang kakak fasilitator kepada salah seorang peserta program "Let Us Be Muslim 1". Ya! Itulah hakikatnya. Salah seorang peserta program kami kali ini adalah calon SPM 2010 yang sedang menduduki SPM, ketika itu sedang menunggu untuk menduduki kertas Bahasa Arab Tingginya.

Alhamdulillah, begitulah pada 11/12/2010 yang lalu, JK Gen Pearl JIM DHL a.k.a Biro Remaja IKRAM HL, JK Remaja, pewaris IKRAM Kajang telah menganjurkan program Let Us Be Muslim 1. Program ini adalah rebranding kepada program usrah gabungan remaja yang dahulunya dinamakan "Duduk Dalam Iman".