28 March 2012

Perutusan Pengerusi AS Sempena MyGMJ



PERUTUSAN PENGERUSI AQSA SYARIF SEMPENA MyGMJ 30 Mac 2012

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat.

Aqsa Syarif mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyahut seruan ‘Global march to Jerusalem’ GMJ pada 30 Mac 2012 yang akan berjalan serentak di seluruh dunia.

GMJ atau Perarakan menuju Baitul Maqdis adalah satu program yang menggabungkan inisiatif global untuk membela dan membebaskan Baitul Maqdis dan bumi Palestin dari cengkaman Zionis yang telah menceroboh tanah suci dan pusat tiga agama besar dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Sepanjang 64 tahun yang lalu sejak berdirinya Negara haram Israel dan sejak 45 tahun Baitul Maqdis dan Tebing Barat diduduki oleh Israel pelbagai bentuk kebiadaban telah dilakukan ke atas tempat-tempat suci dan rumah-rumah ibadah khususnya yang dimiliki oleh umat Islam dan Kritsian.

27 March 2012

Perhimpunan MyGMJ


There are certain speakers and events to be changed while remain the venue and tentative. Any new changes will be updated. For the time being, please help us:

1. Highlight to the public, this event will be on the 30th.
2. The venue will take place at Stadium Melawati Shah Alam (not Stadium Shah Alam).
3. Share and tag as many friends, relatives, neighbours, colleges, known and unknown persons of yours about the event.
4. Forgive us due to our weaknesses. T_T
5. Please please and please come to the event!!!

Program

5.00 - 7.00pm : Palestine Film Screening, Drawing Competition (children), Generic Quiz Ballot Boxed.
6.00 - 6.30pm : Nationwide convoy celebration
7.15 - 8.15pm : Break / Perform the prayer
8.30 - 8.45pm : Opening video (A2G & palestinian issues)
8.45 - 9.00pm : Performances by - Yasin, Dabka Dance, Mirwana
9.00 - 9.20pm : Tun Mahathir's Speech
9.20 - 9.40pm : Performances by Muaz, Satira Morgan, A Samad Said, George Galloway
9.40 - 9.55pm : Dr. Maszlee Malik's GMJ Speech, Dr. Ismail Haniyeh's Speech, Choral Speaking "I want my father"
9.55 - 10.15pm : GMJ 'live' telecast
10.15 - 10.30pm : Performances - Flashmob, 131 flags Superbikes, MyGMJ NGO Partners
10.30 - 10.35pm : Du'a Recitation.

MyGMJ Secretariat

26 March 2012

Dugaan-dugaan Dunia Yang Kecil


Dugaan-dugaan dunia yang kecil, tidak mampu menjatuhkan seorang da'ie agung. Permulaan kisahnya bermula sedang dunia di sekelilingnya penuh dengan kegelapan jahiliyah. Lalu datang pula kepadanya cahaya harapan, sinaran keimanan dan wahyu kebenaran yang menggoncangkan hatinya lalu mententeramkan jiwanya. Rabbul A'la telah menurunkan wahyunya yang pertama, yang melantiknya menjadi seorang saksi buat seluruh manusia terhadap kebenaran deen ini.


24 March 2012

Da'wah Adalah Kejujuran dan Kebenaran

Dunia Untuk Diperhatikan

Dunia ini sememangnya diciptakan oleh Allah SWT buat hamba-hambanya sebagai ayat (tanda-tanda) kekuasaan dan kerajaan Allah. Mana tidaknya, Dia-lah yang al-Malik (Yang Maha Memerintah - The Absolute Ruler) dan Dia jugalah al-Aziz (Yang Maha Perkasa - The One with Most Authority). Sehinggakan Dia menyebut di dalam kitabNya tentang satu golongan yang sentiasa sahaja memerhati tanda-tanda kekuasaanNya:


"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan juga silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi ulul-albab (orang-orang yang yang berakal), (mereka ini) adalah orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk atau ketika mereka sedang berbaring, dan mereka sentiasa sahaja berfikir tentang penciptaan langit dan bumi, (lalu mereka berkata): Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan (semua) ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
(Aali 'Imran, 3:190-191)


Program Kemasyarakatan Komuniti S7


PROGRAM KEMASYARAKATAN KOMUNITI S7 (ZON 21 MPKj)
Pangsapuri Seri Widuri & Anggerik, Seksyen 7, 
Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Masa : 7.00 pg - 11.30 mlm Sabtu, 7.00 pagi-tghari Ahad

anjuran JK SURAU AR RAHMAN dan JK PENAJA PENDUDUK SERI WIDURI & ANGGERIK
dengan kerjasama AHLI MAJLIS ZON 21 MPKj, IKRAM HULU LANGAT, AQSA SYARIF, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
dengan sokongan Pusat Darah Negara, Pusat Sumber Transplan Nasional, IPD Kajang, AADK, Restoran Sate Baung, Apostrophefoto, Talk Talk Biz & Persada Oasis

diuruskan oleh NOLY ZAIHA BUSINESS ZONE

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MASUK PERCUMA
# Pemeriksaan Kesihatan Percuma
# Pameran & Jualan Amal Palestin - AQSA SYARIF
# Pertandingan Mewarna & Melukis untuk Kanak-Kanak & Pelajar Sekolah Rendah/ Menengah
# Pelbagai Gerai Jualan
# Gerai Jualan Amal untuk Dana Surau Ar Rahman
# Gerai Jualan Amal untuk Dana Nurul Afiqah
# Bengkel Solat Sempurna
# Bengkel "Biz Online" @ Rumah
# Pameran AADK, BOMBA, PSTN dan lain-lain lagi

PERTANDINGAN PAINTBALL - HADIAH UTAMA "MOUNTAIN BIKE"

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL : 24/3/2012, SABTU (8.00 mlm)
Dapatkan Tiket Khas Berharga RM50 utk set makan dan minum sambil beramal untuk :
DANA SURAU AR RAHMAN & DANA NURUL AFIQAH

QIAMULLAIL PERDANA : 25/3/2012, AHAD (4.00 pg) bersama IMAM MUDA HASSAN ADLI YAHAYA
Surau Ar Rahman, Seksyen 7, Bdr Baru Bangi

RIADAH PEMUDA & KOMUNITI : (8.00 pg)

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH : (9.30 pg) bersama USTAZ MUHAMAD NAZRI RAMLI & E-JENAZAH SDN. BHD. 
Pembetulan : 03 Borang Pertandingan & Penyertaan.pdf 
(Bayaran RM50 tukar kepada RM5.00 seorg shj) Cepat tempat terhad!

Datanglah beramai-ramai. Jumpa di sana !

23 March 2012

Lawatan Kelab Aqsa Syarif KUIS ke HQ

Kajang, 20 Mac 2012 - Aqsa Syarif telah menerima kunjungan daripada Kelab Sahabat Aqsa Syarif Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) tengahari tadi, di ibu pejabat bertempat di Kajang. Seramai 25 pelajar termasuk jawatankuasa kelab dan ahli telah menyerikan ibu pejabat dengan iringan beberapa orang pensyarah dari KUIS sendiri.

20 March 2012

Palestin: Penyelesaian Dua Negara?



InsyaAllah pada 23 Mac 2012, Jumaat, satu ceramah Isu Palestin spt tajuk di atas akan diadakan di Surau Al-Amin, Seksyen 8, BB Bangi.

Ceramah akan disampaikan oleh Dr Tengku Shahrom Tengku Shahdan (DrT),(Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Subang Jaya).

1. Ceramah akan menyentuh perkara berkaitan dgn langkah penyelesaian dua negara bagi isu di Palestin. Poin utama akan ditekankan, bagaimana isu ini perlu dilihat dan diselesaikan mengikut syariat Islam. 

Sehubungan dengan itu, ikhwah akhawat yg berkelapangan dijemput hadir bersama bagi memperkasakan info untuk kita menerangkan perkara/pendirian yg seharusnya umat Islam fahami dan pegang.

2. Selain itu, penceramah jg akan menerangkan perkembangan projek2 Aqsa Syarif di Gaza hasil drp audit yg dilakukan oleh Lembaga Pemegang Amanah ASyarif baru2 ini.

3. Akhir sekali, promo ringkas ttg MyGMJ juga akan diadakan insyaAllah.

Dijemput hadir dan harap dapat dikongsikan kpd yg lain.

Jazakumullah khoiran katheera.

Sekretariat Aqsa Syarif 
Hulu Langat

16 March 2012

Hentikan Kekejaman Terhadap Rakyat Syria



Oleh Mohd Sofwan Mohd Resali

Saudara yang jujur,
Jika umur panjang, dan diberi kekuatan oleh Allah S.W.T kita akan berjumpa lagi dengan satu lagi perhimpunan aman. Kali ini bermula di surau Tabung Haji hinggalah ke kedutaan Syria. Jaraknya lebih kurang 2.5 km atas sedikit daripada kedutaan USA. Penyertaan dan mobilisasi ini telah pun diarahkan melalui peringkat tertinggi IKRAM sehinggalah kepada kita ahli diperingkat daerah. Pimpinan tertinggi IKRAM juga akan bersama-sama perhimpunan aman kali ini.