16 March 2012

Hentikan Kekejaman Terhadap Rakyat Syria



Oleh Mohd Sofwan Mohd Resali

Saudara yang jujur,
Jika umur panjang, dan diberi kekuatan oleh Allah S.W.T kita akan berjumpa lagi dengan satu lagi perhimpunan aman. Kali ini bermula di surau Tabung Haji hinggalah ke kedutaan Syria. Jaraknya lebih kurang 2.5 km atas sedikit daripada kedutaan USA. Penyertaan dan mobilisasi ini telah pun diarahkan melalui peringkat tertinggi IKRAM sehinggalah kepada kita ahli diperingkat daerah. Pimpinan tertinggi IKRAM juga akan bersama-sama perhimpunan aman kali ini. 

Saudara yang jujur,
Adalah menjadi tanggungjawab daripada kita sebagai ahli menyahut seruan ini untuk bersama-sama bersolidariti bersama-sama umat Islam yang lain untuk menyatakan solidariti kita bersama rakyat Syria kepada pemerintah Bashar Asad. Kita bersama bersolidariti melaungkan "Hentikan Kekejaman Terhadap Rakyat Syria". Kita juga akan bersolidariti bersama-sama dengan beberapa NGO muslim dan non-muslim. Perhimpunan aman ini adalah gabungan NGO-NGO yang ada di Malaysia.

Saudara yang jujur,
Kadar risiko perhimpunan aman kali ini adalah minima jika dibandingkan dengan perhimpunan-perhimpunan lain spt BERSIH 2.0, Mansuh ISA sebelum ini. Namun, sebelum hadir, perhebatkanlah lagi sujud dan doa kita kepada Allah S.W.T semoga niat kita sentiasa ikhlas hanya kepadaNya. Sepatutnya lagi dekat dengan hari perhimpunan aman ini, semakin tinggi dan kuat doa dan sujud kita kepada Allah. Banyakkan doa dan sujud semoga perhimpunan aman kali ini berjalan lancar dan sekurang-kurangnya usaha kecil kita ini akan membantu membebaskan saudara kita di Syiria daripada pemerintah yang zalim. 

Saudara yang jujur,
Tema pakaian kali ini adalah putih ataupun hitam. Jangan pergi bersendirian. Rancanglah semoga pergi berteman. Seeloknya datanglah dengan pengankutan awam. Perhimpunan ini adalah perhimpunan aman. Jangan melayan sebarang provokasi jikalau ada. Pengalaman semasa perhimpunan aman semasa revolusi Mesir dahulu dihadapan kedutaan USA, ada juga usaha provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk peserta perhimpunan aman bertindak balas. Sentiasa peka dengan arahan pimpinan sebelum, semasa dan  selepas perhimpunan. Cepat-cepat bersurai bila arahan bersurai dikeluarkan. Dalam apa jua keadaan sekalipun sentiasalah memakai topi kita sebagai "DAIE".

Saudara yang jujur,
InshaAllah kalau tiada yang menghalang, diharapkan kita akan berjumpa hari Jumaat ini 16 Mac 2012 di surau tabung haji. bermula dengan solat jumaat bersama. Marilah luruskan niat, banyakkan doa semoga perhimpunan aman ini mencapai objektif, saudara kita di Syiria bebas daripada cengkaman pemerintah zalim, penglibatan kita ini dipelihara Allah sebelum, semasa dan selepas. Ayuh tekadkan azam, kentalkan semangat, gagahkan kudrat bersama kita menunjukkan solidariti terhadap jihad kecil kita andainya ini adalah peluang jihad terakhir kita!

No comments:

Post a Comment