31 May 2012

Water Games IKRAM Jr.

Program Water Games! anjuran IKRAM Hulu Langat
(Perkongsian dari Saudari Iman)

Alhamdulillah berjalan lancar dengan kehadiran 34 aulad lelaki dan perempuan berumur 4-12 tahun. Aulad datang dari Bandar Baru Bangi dan juga dari kawasan Bandar Seri Putra.

Program bermula pada pukul 9 pagi, di mana aulad diminta mendaftarkan diri dan membayar yuran penyertaan RM10 kepada AJK IKRAM Jr, Makcik Azwa. Sementara itu, remaja IKRAM Teens yang datang membantu diberi sedikit taklimat oleh Makcik Iman. Ingatan kepada mereka: Keselamatan paling penting!

Setelah membuat pendaftaran kehadiran, masa untuk main!

29 May 2012

Tabung Kasih Ummah Syria 2012

Sesungguhnya Allah telah menyuruh kita untuk berlumba-lumba di dalam melakukan kebaikan; "Maka berlumba-lumbalah kamu di dalam melaksanakan kebaikan" (al-Baqarah, 2:148).


27 May 2012

Exam: Anak Rileks, Ibu Bapa Stress

UKM BANGI, 26 Mei: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Sri Al-Amin Bangi telah menganjurkan sebuah forum khas bersama Tn. Hj. Ahmad Shafiai Uda Jaafar (atau lebih dikenali sebagai Pak Utih) yang bertajuk; Exam: Anak Rileks, Ibu Bapa Stress. Program tersebut telah dianjurkan di Kompleks Tun Abdullah Muhammad Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program yang bermula pada pukul 9 pagi tersebut telah mendapat sambutan dari lebih kurang 60 orang ibu bapa. Pada awalnya, majlis telah dimulakan dengan alunan bacaan al-qur'an bagi menambah keberkatan program. Setelah itu, Dr Mohd Fadzil, Pengerusi PIBG sekolah telah memberikan kata-kata aluan sebagai pemula bicara pada hari tersebut. Di antara perkara yang disebut adalah...

Setelah selesai sesi pembukaan, majlis telah diserahkan kepada Pak Utih. Celoteh-celoteh bersama Pak Utih telah dibuat dalam dua bahagian, dengan rehat di tengah-tengahnya. Di antara isi penting di dalam colethnya ialah bagaimana berbeza-bezanya anak-anak lelaki dan perempuan, dan bagaimana ibu bapa sepatutnya melayan setiap satunya dengan cara yang berbeza. -IHL

24 May 2012

Water Games



Ibubapa yang dihormati,
IKRAM Jr. kembali lagi dengan aktiviti

"WATER GAMES"
29.5.2012 (Selasa)
Kelab Golf Danau, UKM
9.00am - 12.00pm
Terbuka kepada anak-anak berumur 6 hingga 12 tahun.

Untuk pendaftaran & maklumat lanjut, hubungi:
Ukt Azwa | 013-391 5208.

Jom ajak anak-anak LIKE facebook IkramJuniorDaerahHuluLangat dan berkongsi ilmu dan pengalaman di sana ^_^

Nakbah & Mavi Marmara: Satu Pengajaran


23 May 2012

EXAM: Anak Rileks, Ibubapa Stress


"EXAM: ANAK RILEKS, IBUBAPA STRESS" 

Perincian program adalah seperti berikut :

TARIKH  : 26 HB MEI 2012 (SABTU)
MASA    : 8:30 pagi - 12:30 tghari
TEMPAT  : DEWAN KULIAH 2,KOMPLEKS TUN ABDULLAH MUHD SALLEH,UKM
Penceramah: Tn Haji Ahmad Shafiai Uda Jaafar @ Pak Utih,
Perunding Kekeluargaan @ Dekan Fakulti Pendidikan Kolej Uniti
http://mahligaikasih.multiply.com  FB: Ahmad Shafiai Uda Jaafar. 

BAYARAN : RM20 SEORANG 

PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT DI KAUNTER YURAN SEKOLAH ATAU HUBUNGI 0193337331

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Prof Nazari: Bahaya Riba'

SUNGAI TANGKAS, 22 Mei: Pertubuhan IKRAM Malaysia cawangan Hulu Langat (IKRAM HL) telah menganjurkan sebuah ceramah bertajuk "Bahaya Riba': Implikasi Kepada Sosio-Ekonomi" yang bertempat di dewan Sekolah Menengah Sri Al-Amin, Sungai Tangkas. JK Tarbiyah IKRAM HL, penganjur program, telah menjemput seorang pakar ekonomi negara, Prof. Dr. Nazari Ismail, untuk menyampaikan ceramah. Prof. Dr. Nazari Ismail juga merupakan seorang professor yang bertugas di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya (UM).

03 May 2012

Kenyataan Media: BERSIH 3.0


Kenyataan Media
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
2 Mei 2012

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) mengucapkan tahniah dan syabas kepada ratusan ribu rakyat Malaysia di atas kematangan, kesungguhan dan keberanian untuk menyuarakan bantahan terhadap kelemahan sistem dan proses pilihan raya negara dalam perhimpunan “Duduk Bantah” Bersih 3.0 pada 28 April 2012.