26 August 2012

Aidilfitri Menyerlahkan Sejuta Makna


oleh Wan Ahmad Sanadi

Assalamualaikum,

Sungguh terasa begitu berat meninggalkan bulan Ramadhan kerana ianya adalah bulan yang:

1. Dimuliakan.
2. Sentiasa dinantikan oleh orang-orang mu'min.
3. Didalamnya penuh dengan keberkatan.
4. Penuh maghfirah.
5. Diberikan kemenangan Islam, ketika Baginda Rasulullah saw bersama para sahabat
membuka kota Makkah.
6. Menjanjikan orang-orang mu'min mendapat darjat Muttaqien, sesudah melaksanakannya dengan penuh mujahadah.
7. Allah Azza Wa Jalla menurunkan kitabNya, yang menjadi pedoman hidup orang-orang mu'min.

Setelah menyelesaikan puasa sebulan di bulan Ramadhan, orang-orang mu'min memasuki episod kehidupan yang baru iaitu kehidupan yang penuh dengan makna di samping penuh dengan erti.


25 August 2012

Raikan Pesta Ibadah Bersama IKRAM HL

Alhamdulillah, di kesempatan Ramadhan yang baru berlalu, IKRAM Hulu Langat telah menganjurkan siri  program Raikan Pesta Ibadah bersama IKRAM Hulu Langat, seperti dalam poster di bawah.


Sambutan Ramadhan Al-Mubarak yang dirindui ini telah dimulakan dengan Program Semarak Ramadhan pada 19 Julai 2012, di Musolla Sri Al-Amin Bangi. Perkongsian mengenainya telah dimuatkan dalam post sebelum ini, click di sini.

Kehangatan sambutan Ramadhan Al-Mubarak kemudiannya diteruskan dengan Iftar IKRAM Junior yang telah diadakan di dua lokasi secara serentak. Iftar khas untuk kanak-kanak, memang menarik dan mengujakan ^__^



Owh ya, sebenarnya sambutan Ramadhan oleh ahli IKRAM Jr. hulu Langat telah dihangatkan lebih awal melalui program Syoknya Ramadhan pada 15 Julai 2012. Program ini juga diadakan secara serentak untuk ahli-ahli IKRAM Jr. di Bangi & Bandar Seri Putra. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah: Presentation "Ramadhan: Hadiah dari Allah", Perbincangan : 10 Saranan di Bulan Ramadhan, Persembahan Ramadhan, Ramadhan Code Cracker, Ramadhan Word Search dan Kuiz Ramadhan.



Sehari selepas Iftar IKRAM Jr., seluruh ahli keluarga berkumpul pula di Iftar Perdana yang dianjurkan bersama dengan IKRAM Kajang & PIBG Sek Sri Al-Amin Bangi pada 28 Julai 2012.


Alhamdulillah majlis iftar tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran yang baik sekitar 700 hadirin. Alhamdulillah juga, majlis kita telah diserikan dengan kehadiran Imam Muda dari Gaza iaitu Imam  Yousef Abu Eida.



Keesokkan harinya pula, team Remaja telah menganjurkan program Remaja Raikan Ramadhan, juga serentak di 2 lokasi; Musolla Sri Al-Amin Bangi dan Surau Al-Ikhwan, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.


di Musolla Al-Amin Bangi, penyertaan adalah sangat di luar jangkaan; iaitu 3 kali ganda daripada sasaran asal. Seramai 88 orang peserta telah menyertai 3R di MAB alhamdulillah. Di Surau al-ikhwan juga, penyertaan mencecah 42 orang alhamdulillah. Program 3R pada kali ini diadakan secara bersama dengan Musolla Al-Amin Bangi dan juga Surau Al-Ikhwan. Sekolah Menengah Sri Al-Amin juga tidak ketinggalan dalam permuafakatan startegik ini dengan membekalkan tenaga fasilitator bagi merealisasikan konsep 'remaja memimpin remaja'.




Pada tarikh yang sama, iaitu pada 29 Julai 2012, JK Rabtul Am (Wanita) telah memulakan siri pertama Kuliah Ramadhan di Surau Abdul Rahman Auf, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Kuliah Ramadhan kali ini  yang bertajuk 'Puasa dari sudut Feqah & Sirah' telah disampaikan oleh Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita IKRAM Pusat. 


4 hari selepas itu, JK Khidmat Masyarakat IKRAM Hulu Langat telah meraikan anak-anak yatim dan penghuni Rumah Bakti Al-Kauthar di Musolla Al-Amin Bangi. Majlis bermula dgn berbuka puasa dan diakhiri dengan majlis pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim yang disantuni. Semoga dengan majlis ini akan melakar hubungan lebih erat di antara IKRAM Hulu Langat dan Rumah Bakti Al-Kauthar pada masa akan datang. Majlis ini juga mengingatkan kita kepada saranan Rasulullah s.a.w berkenaan keutamaan menyantuni anak-anak yatim..itulah dia 'Kasih Sejarak 2 Jari'.


Siri Kuliah Ramadhan diteruskan lagi pada 5 Ogos 2012. Tajuk yang dikupas adalah 'Kesihatanku untuk Redha-Mu', yang telah disampaikan oleh Dr Noor Azizah Tahir (IKRAM Health, Pakar Perubatan Keluarga dan Pensyarah Kanan CUCMS).

Pada hari yang sama juga, seluruh ahli IKRAM Selangor berkumpul di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk menjayakan Ijtima' Ramadhan IKRAM Selangor (IRIS).  


Seminggu selepas itu, pada 11 Ogos 2012, JK Khidmat Masyarakat IKRAM Hulu Langat telah menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan mereka yang memerlukan, melalui program yang dinamakan Tautan Kasih Ramadhan. Alhamdulillah, majlis yang melibatkan 130 orang penerima di kalangan ibu tunggal khususnya di Council Home, Bandar Baru Bangi ini telah dijayakan melalui kerjasama dengan Islamic Relief Malaysia (IRM), Surau Ar-Ridhuan, Apartment Seri Cempaka, Council Home dan Persatuan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (PITRAH).




Selain daripada pek ramadhan dan sumbangan yang disampaikan pada Majlis Tautan Kasih, sumbangan juga disampaikan di rumah penerima-penerima. 

YDP IKRAM HL, Sdr. Sufyan Mohd Nor bersama Pengerusi JK Khidmat Masyarakat telah menziarahi Pusat Jagaan Siti Noraini pada hari Ahad 12/8/2012 yang lalu. Sdr. Sufyan juga telah menyampaikan sumbangan daripada IKRAM HL yang berupa bantuan wang tunai beserta barang keperluan harian.



Ketua Wanita IKRAM HL, Puan Zuraidah Kornain menyampaikan sumbangan kepada Saudari Fatima.

 
Keesokkan harinya, unit remaja sekali lagi menganjurkan program Remaja Raikan Ramadhan. kali ini, pengisiannya adalah berkenaan pecutan di 10 hari akhir ramadhan, dan bagaimana meneruskan kecemelangan selepas Ramadhan. 3R kali ini telah diadakan secara penganjuran bersama dengan Surau Al-Kauthar Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.



Pada hari yang sama juga, telah berlangsung siri terakhir Kuliah Ramadhan di Surau Abdul Rahman Auf. Kali ini, perkongsian bertajuk 'Madrasah Ramadhan' yang telah disampaikan oleh Ustaz Zamri Abdul Rahim yang merupakan imam Surau Abdul Rahman Auf sendiri.

Kemeriahan Semarak Pesta Ibadah IKRAM Hulu Langat telah dijayakan lagi dengan Iktikaf Perdana pada malam 27 Ramadhan di Masjid UKM.

Semoga Allah menerima amalan kita semua. Taqabbalallahu minna wa minkum, Kullu 'aam wa antum ilallahi aqrab. Semoga kita tergolong di kalangan yang menang dan kembali kepada fitrah.