13 January 2012

Futsal Pemuda


Soalan pertama:
Bilakah kali terakhir anda mengeluarkan peluh yang banyak dengan bertujuan mengharapkan menghasilkan tubuh badan yang sihat?

Soalan kedua:
Apakah aktiviti-aktiviti yang telah atau biasa anda jalankan untuk mengeluarkan peluh yang banyak mengikut kemampuan tenaga, masa, minat? Berkebun? Memilih menggunakan tangga daripada menggunkan lif, bermain kejar-kejar dengan anak-anak? Mengemas rumah? dan lain-lain?

Soalan ketiga:
Apakah kadar berkala aktiviti yang anda lakukan untuk mengharapkan mendapat tubuh badan yang sihat? Sekali semingu? 2 kali sebulan? 1 sebulan?

Soalan keempat:
Adakah anda peruntukan masa untuk sekurang-kurangnya memaksa diri untuk bersenam kerana kesedaran pentingnya tubuh badan yang sihat?

Soalan kelima:
Setujukah anda bahawa dengan bermain futsal bersama juga merupakan antara aktiviti boleh mengeratkan talian ukhuwwah sesama ahli/kawan-kawan/adik-beradik/anak-ayah?


Rehlah Pemuda Pembuka 2012


Oleh Mohd Sofwan Mohd Resali
Disunting oleh IKRAM Media HL

Pada 8 Januari 2012 (Ahad) telah diadakan rehlah Pemuda bagi IKRAM Hulu Langat. Ianya mensasarkan kepada warga Pemuda (bukan IPT dan remaja) yang sudah pun menamatkan pengajian di alam IPT. Maksudnya yang sudah bekerja dan sedang menyambung ke peringkat master dan keatas. Kebanyakan mereka ini tergolong juga daripada keluarga muda yang rata-rata mempunyai anak-anak kecil. Rehlah ini telah dibuat di Sungai Manggis, Hulu Langat dari pukul 9 pagi sehingga pukul 1 tengah hari.