29 November 2012

JOM KAHWIN: ANTARA FITRAH & REALITI




Objektif program:
·         Membina keyakinan diri di kalangan peserta dalam  persediaan mendirikan rumahtangga
·         Memberikan kefahaman mengenai ilmu-ilmu asas munakahat mengenai merisik, bertunang & aqad, hak & tanggungjawab suami & isteri dalam rumahtangga.
·         Memberikan panduan mengenai persiapan psikologi, kewangan dan kesihatan menuju gerbang perkahwinan.
·         Perkongsian dlm bengkel mengenai persiapan ke alam perkahwinan.


Aturcara Program:
8.30 am                : Pendaftaran
9.00am                 : Ucapan Pengerusi Majlis dan Bacaan AlQuran
 9.10am                : ucapan aluan Pengarah Program
9.15am                 : Ucapan Perasmian
9.30am                 : Slot 1: Peranan dan Perancangan Dalam Pembentukan Baitul Muslim 
10.45am               : Rehat & minum pg
11.15am               : slot 2: Fiqh Munakahat 
12.45 noon          : Makan Tengahari & solat
2.00pm                 : Bengkel  – Persiapan psikologi, emosi, kewangan dan kesihatan
2.45pm                   Kupasan  Bengkel
4.30pm                 : Penutup dan Minum Petang
                               : Bersurai

HADIAH UNTUK ANAK-ANAK GAZA


Bersempena dengan keberangkatan dua orang ahli IKRAM Hulu Langat ke bumi Gaza Khamis 29 November 2012 jam 10 malam, JK Pembelaan Umat Sejagat IKRAM Hulu Langat dan Aqsa Syarif Hulu Langat, diketuai oleh Puan Norsham Abu Bakar, serta disokong oleh para staf Hospital An-Nur, dan Wanita IKRAM Hulu Langat, dipimpin oleh Ketua Wanita, Hjh Zuraidah Kornain, telah mengambil inisiatif untuk menyediakan hadiah untuk anak-anak gaza.

Para wanita telah bersama-sama menyumbang, serta bergotong royong membungkus alat permainan, gula-gula dan coklat untuk dihadiahkan buat anak-anak Gaza. Pada 28/11/12 juga, JK Aulad, Wanita IKRAM Hulu Langat, bersama ahli IKRAM Junior yang juga peserta Ulul Albab Junior Camp, telah bersama-sama menghasilkan kad untuk rakan-rakan mereka di Gaza.

Semoga hadiah dari Malaysia ini bisa mengukir senyuman di wajah anak-anak Gaza.

Taqaddam ya abna aqsaana
Majulah wahai anak-anak Aqsa!!

Nahnu ma'akum
Kami bersama kalian






STREET DAKWAH DI DALAM AKHBAR

Alhamdulillah, program Street Dakwah telah dijalankan di seluruh Selangor termasuk di daerah Hulu Langat pada 24-25 November 2012 yang lalu.

Di daerah Hulu Selangor, program Street Dakwah telah mendapat perhatian pihak media.

27 November 2012

XREK 2012--HARI TERAKHIR 27/11/12


Hari terakhir bermula dengan senaman pandang langit dan bumi....

Kemudian War Game ....

Dan sebentar lagi kesimpulan dan ibrah XREK 2012....

Penutup akan dirasmikan oleh wakil Jawatankuasa Pusat IKRAM




SUNATHON AMAL 2012--PARA PESERTA YANG DIRAIKAN




para peserta khatan beratur..lengkap berbaju melayu


siraman air bomba meraikan para peserta khatan


para peserta beratur sambil menunggu giliran masing-masing...selipar dan kasut tersusun kemas..syabas adik-adik yang soleh!!

 sambil menunggu giliran...


para VIP bertemu dengan para peserta khatan dan meraikan mereka


antara peserta khatan..adik Anas bin Abu Bakar

26 November 2012

XREK 2012 (Hari kedua) 26 November 2012

Hari kedua  xrek...
Bermula dgn riadah...disusuli dengan Kuiz Sesama dan kemudiannya Kembara Masuk Kampung.

Kembara tamat jam 4.00 petang.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dgn baik.

Petang tadi hujan lebat di sekitar hulu langat. 





25 November 2012

NETWORKING HI-TEA NGO-NGO WANITA


Alhamdulillah pada 24 November 2012, telah berlangsung majlis yang dinamakan dengan "Networking Hi-Tea" Wanita IKRAM Hulu Langat di Dewan Bankuasi, Bangunan Canselori, UKM. 

Majlis bertujuan untuk:
1. Beramah mesra dan membina hubungan antara pelbagai organisasi wanita di sekitar Bandar Baru Bangi.
2. Mewujudkan wadah untuk berkongsi dan bertukar pandangan.
3. Menjalin kerjasama strategik untuk memartabatkan wanita, khususnya di daerah Hulu Langat.
Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Wanita IKRAM Selangor, PM Dr Roohaida Othman yang kemudiannya disusuli dengan pembentangan pengenalan IKRAM oleh Ketua Wanita IKRAM Hulu Langat, Hjh Zuraidah Kornain.
 Aturcara majlis

 Pengerusi JK Pembangunan Mahasiswa Wanita IKRAM Hulu Langat, Ukht Wardah Mustafa Din siap sedia menyambut tetamu di meja pendaftaran, dengan cenderamata untuk semua tetamu yang hadir 

Ketua Wanita IKRAM Selangor, PM Dr Roohaida Othman menyampaikan ucaptama

 Ketua Wanita IKRAM Hulu Langat memperkenalkan IKRAM dan berkongsi isu setempat yang harus didokong bersama


Majlis juga turut diisi dengan pembentangan ringkas oleh wakil-wakil NGO/Persatuan yang hadir. Sebanyak 16 NGO/Persatuan telah dijemput dan alhamdulillah, 12 daripadanya telah hadir. Antara yang telah dijemput ialah:  
  1. Surau An-Nur Seksyen 1 B.B.B
  2. Pengasas SusuIbu.com
  3. Pertubuhan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (PITRAH)
  4. HELWA ABIM Bangi
  5. Surau Abdul Rahman Auf
  6. Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM)
  7. PELITAWANIS TNB cawangan UNITEN
  8. Nisa’ Serdang
  9. Surau Al-Kauthar
  10. Masjid Al-Hasanah
  11. Persatuan Penduduk BBB
  12. Dewan Muslimat Pas Serdang
  13. SUKMANITA UKM
  14. HELWA PKPI TNB BANGI
  15. Ketua HALUANITA Hulu Langat
  16. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) 
Beramah mesra, berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan dengan tetamu yang hadir

Wakil organisasi yang hadir berpeluang berkongsi tentang organisasi masing-masing


Semua wakil yang hadir membawa bahan pengenalan kepada organisasi masing-masing. Di dalam gambar adalah maklumat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh susuibu.com



 Pada akhir sesi, semua peserta telah bersepakat mengeluarkan satu resolusi bersama, berbunyi seperti berikut: 
Majlis “Networking Hi-Tea” NGO-NGO Wanita
Bandar Baru Bangi yang bersidang pada hari ini,
24 November 2012 bersamaan 10 Muharram 1434 Hijrah, telah bersetuju untuk :
Menyokong usaha menghentikan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat khususnya wanita dan kanak-kanak di Palestin, Syria dan Arakan DAN turut menyokong resolusi forum peranan NGO dan surau dalam merealisasikan Bangi Bandar Ilmu 1/3/2009 seperti berikut:
1.Memperkemas jaringan kerjasama antara semua NGO
2.Mewujudkan saluran komunikasi antara semua NGO
3.Menggerakkan insitusi keluarga bermula dengan program parenting/kemahiran keibu-bapaan
4.Mempertingkatkan peranan muslimat


 Antara cenderahati yang disediakan di dalam bag IKRAM. Penghargaan kepada kumpulan belia akhawat yang membantu menyediakan cenderahati comel ini.

Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara kebaikan...Semoga usaha kerjasama yang dirintis hari ini akan membuahkan rahmah untuk masyarakat Hulu Langat khususnya



Alhamdulillah, semoga usaha ini dapat menjadi pemangkin ke arah pelbagai kerjasama di masa akan datang dan seterusnya berjaya mewujudkan barisan pendokong syariat Allah di peringkat daerah Hulu Langat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Wanita IKRAM Selangor yang sudi hadir dan menyampaikan "key-note address". Terima kasih kepada semua AJK Wanita Daerah Hulu Langat yang telah berusaha ke arah menjayakan majlis Hi-tea ini. Terima kasih juga kepada YDP dan semua ahli IKRAM yang telah menyokong dan memberikan kerjasama. Semoga Allah memberikan sebaik-baik ganjaran.


Kiri atas: tetamu yang hadir
Kanan atas: antara menu yang dsajikan
Kiri bawah: jaunter Aqsa Syarif 
Kanan bawah: Ukht Norsham Abu Bakar, Pengerusi Majlis yang berpengalaman. Beliau juga adalah AJK Pembelaan Umat Sejagat IKRAM Hulu Langat

SUNATHON AMAL 2012

Alhamdulillah hari ini 25 November 2012, IKRAM Hulu Langat sekali lagi terlibat dalam program bersama masyarakat yang dinamakan Sunathon Amal.

Pagi yang indah dan nyaman..di Kompleks Pendidikan Islam yang permai

Pada tahun ini seramai 95 orang peserta telah mendaftar untuk aktiviti berkhatan beramai-ramai ini. Program tahunan anjuran Hospital Pakar An-Nur dengan kerjasama IKRAM Hulu Langat, Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, dan Persatuan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) TNB Bangi kali ini diadakan di Kompleks Pendidikan Islam Bandar Baru Bangi.

Kelihatan YDP IKRAM Hulu Langat, Hj. Sufyan Mohd Nor bersama Penaung Program Sunathon Amal 2012--Dr. Tajul Ariffin Nordin (yang juga Pengerusi Kompleks Pendidikan Islam Bangi), dan Tn. Hj. Shaharom Md. Shariff (CEO Hospital Pakar An-Nur).

Program bermula dengan sesi pendaftaran dan sarapan seawal 7.30 pagi, dan disusuli dengan majlis perasmian oleh Adun Bangi, YB Dr Shafie Abu Bakar. Majlis turut diserikan dengan persembahan dan penyampaian sumbangan dan cenderahati kepada para peserta Sunathon. 

Setelah itu, para peserta dan ibu bapa diberi  taklimat oleh Pakar Bedah Hospital An-Nur, sebelum para peserta berarak diringi paluan kompang dan siraman air pancut oleh pihak Bomba.


para peserta Sunathon disirami air dari paip bomba

Acara berkhatan bermula jam 10.00 pagi. Sementara acara berkhatan berlangsung, sesi selari untuk 3 peringkat umur kanak-kanak turut berlangsung di tingkat 1 Kompleks Pendidikan Islam Bangi, untuk turut meraikan anak-anak yang mengiringi peserta khatan.

Serentak dengan itu, para ibu bapa turut disajikan santapan rohani dan minda oleh Ustaz Zamri Abdul Rahim di auditorium, dengan tajuk ceramah: 'Anak: Musuh atau Sahabat ke Syurga'. Ustaz Zamri adalah Ketua Unit Pendidikan Islam Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Majlis berakhir dengan makan tengahari dan solat zuhur.

Antara AJK-AJK IKRAM Daerah Hulu Langat dan Aqsa Syarif Hulu Langat yang turut hadir


Antara peserta yang telah selesai berkhatan

Membaca buku yang dihadiahkan kepada peserta.

 Tahniah adik!

bergaya bersama button badge Proud to be a Muslim

Sementara abang mereka bersunat, adik-adik mereka disantuni oleh para ahli wanita IKRAM dalam 3 program selari. Salah satunya dikendalikan oleh Ukht Azuwa daripada JK Aulad IKRAM Hulu Langat

Sesi art and craft bertemakan kesihatan turut dibantu oleh ahli IKRAMTeens

Antara AJK daripada kalangan wanita IKRAM yang turut berkhidmat

Di dalam bilik menunggu. Sementara giliran sampai, anak-anak menonton cerita upin dan ipin

Sesi bersama kanak-kanak..seronok dan khusyu' semuanya

pameran IKRAM Hulu Langat dan Aqsa Syarif

Fasilitator daripada IKRAMTeens & Belia IKRAM Hulu Langat turun padang menyantuni kanak-kanak yang turut hadir..

STREET DAKWAH (day 2-part2)

XREK 2012--Bermula

hari ini 25 Novembr 2012, bermulalah program XREK (Ekspedisi Remaja Kental) 2012 di Kem Idaman Nurani, Hulu Langat anjuran IKRAMTeens Pusat. Para peserta telah tiba dari seluruh negara sejak awal pagi tadi untuk sesi pendaftaran bermula jam 8.00 pagi.

pada tahun ini, Hulu Langat  diwakili oleh 9 orang peseta (5 perempuan dan 4 lelaki).

Sesi ice breaking dan pembahagian kumpulan

STREET DAKWAH (day 2-part1)

Alhamdulillah setelah melalui sesi latihan Street Dakwah semalam di KUIS, hari ini para peserta telah bersedia untuk mempraktikkan ilmu yang diperolehi di lapangan. Para peserta telah dibahagikan berdasarkan  tempat/ daerah pilihan untuk menjalankan praktikal Street Dakwah ini.

Berikut dikongsikan sebahagian gambar pelaksanaan Street Dakwah di beberapa daerah:


 Persediaan bahan Street Dakwah di daerah Ampang Jaya

 Perbincangan akhir sebelum sesi pelaksanaan di lapangan


 Peserta-peserta dari Bangi, Kajang dan sekitarnya sedang sibuk membungkus barangan yang akan diberi kepada potential mad'u dari kalangan non-Muslim.


Masjid Jamek Pekan Kajang menjadi tempat berkumpul para peserta dari Kajang, Bangi dan kawasan berhampiran sekitarnya.

 Taklimat di Kuala Langat sambil menyiapkan hadiah yang akan diedarkan

pasukan wanita daerah Kuala Langat siap untuk melangkah...peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur.


Langkah bermula. Taklimat akhir di Masjid Baru Jeram daripada Ketua JK Dakwah IKRAM Kuala Selangor, Ust Hj Khayat sebelum misi.