21 December 2012

BENGKEL INTERAKTIF PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


ATURCARA:
8.30 – 9.00 pg
Pendaftaran peserta
9.00 – 10.30 pg
Slot 1: Memahami Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak
10.30 – 11.00 pg
Minum Pagi
11.00 – 12.30 tgh
Slot 2: Bengkel Teknik Komunikasi Kanak-Kanak
12.30  – 1.00 ptg
Penutup
1.00  ptg
Bersurai

18 December 2012

REHLAH BELIA IKRAM HULU LANGAT




Peserta: Semua belia Hulu Langat. sama ada yg sudah kahwin atau bujang.

Objektif:
1. Suai kenal antara keluarga belia HL terutamanya. Suami isteri, anak2 semua.
2. Suai kenal antara semua belia, yg bujang juga.

Aturcara:
900: Semua tiba di Baitunnur. Dalam keadaan sudah sarapan.
900-1200: Akhawat - Program Air/Mandi. Sila bawa pakaian/peralatan yg sesuai.
915-1200: Ikhwah - Panjat/Jungle Tracking Bukit Jugra. sape lambat naik sendiri la ek. iA keretapi ontime ;p


1200-1400: ISOMA
Makan tghari. Potluck dari semua peserta.
main menu - Nasi goreng, kambing...
side menu by semua peserta.

Solat zuhur. ikhwah kat masjid. akhawat kat baitunnur.

1400-1540: ikhwah - mandi manda.
1400-1540: akhawat - indoor game. dlm rumah.
1540-1610: Tazkirah & Perasmian/Ucaptama YDP Akh Sufian.

1610-1630: Sesi tukar hadiah.
semua famili/individu bg yg single, bawa hadiah masing-masing. pada sesi ini, hadiah akan ditukar dgn cara undian.
hadiah bajet RM5-RM10, simple2 je. siapa yg nak bagi lebih amat dialu2kan.

1630: Solat asar dan bersurai.

Direction:
1. Dari Klang dan Tol Teluk Panglima Garang (highway baru SKVE);
Ambil kanan, ikut Pulau Carey, simpang empat ambil kiri ikut jambatan.
jumpa masjid sebelah kanan, masuk lorong kedua kanan.
jumpa simpang empat pertama terus, simpang empat kedua belok kanan. Baitunnur depan masjid Diraja.
2. Dari KLIA, Dengkil (ikut jalan belakang, tol free);
Ke arah pekan Dengkil, terus sehingga pekan Banting, terus lagi sampai Jugra.
Then ikut arah/signboard masjid Alaeddin.

11 December 2012

KHABAR TERKINI GAZA



JOM dengarkan KHABAR TERKINI GAZA
Perkongsian daripada Dr Hafidzi Mohd Noor & Dr Fauziah Hassan; ahli misi Aqsa2Gaza Emergency Relief yang baru pulang dari Gaza.
Jom dengarkan perkongsian hasil tinjauan misi bantuan kecemasan ke Gaza, DAN KETAHUI APA YANG BOLEH & PATUT KITA LAKUKAN..



09 December 2012

AQSA SYARIF HULU LANGAT DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT

Pada 5 Disember lalu, Puan Norsham Abu Bakar telah dijemput melalui Aqsa Syarif Hulu Langat, untuk membuat perkongsian isu Palestin di Kolej Komuniti Hulu langat. 

Jemputan tersebut adalah sempena kempen isu Palestin yang dianjurkan oleh pelajar dan kakitangan kolej tersebut. Majlis pelancaran kempen yang bertemakan "WE UNITE FOR GAZA" bermula dari jam 9.00 - 1.00 tghari.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Hulu Langat, Pn Roslina Lapanditah yang seterusnya melancarkan kempen kutipan untuk Palestin. Majlis turut dihadiri oleh pelajar-pelajar, kakitangan kolej dan masyarakat di sekitar Kolej Komuniti lebih kurang seramai 50-70 orang. 

Di samping ceramah, diadakan juga pameran, jualan hasil tangan pelajar dan komuniti setempat dan jumble sale. Dalam tempoh kempen tersebut, para pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat juga akan membuat kempen dan kutipan derma di shopping complex sekitar Kajang. 

Aqsa Syarif Hulu Langat telah membantu menyediakan bahan pameran dan fliers berkaitan projek-projek di Palestin di bawah kendalian Aqsa Syarif.


Kempen tersebut akan berakhir dengan majlis yang lebih besar yg melibatkan semua Kolej-kolej Komuniti yang akan diadakan pada pertengahan Disember ini di Sabak Bernam. Pn Roslina turut menyatakan akan menjemput Aqsa Syarif Hulu Langat ke majlis tersebut.

Majlis juga dihadiri oleh wakil-wakil media dari UTUSAN, KOSMO dan HARIAN METRO. Selepas perkongsian oleh Aqsa Syarif, wakil media telah mengadakan sesi temuramah bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk akhbar mereka.

PAINTBALL PIALA IZUDDIN AL-QASSAM

AVOID THE STING
HIT THE AIM
EXPERIENCE THE THRILL


Alhamdulillah hari ini 9/12/12, pasukan belia IKRAM Hulu Langat telah sekali lagi menyertai pertandingan Paintball Piala Izuddin Al-Qassam. Pertandingan kali ini dianjurkan oleh Aqsa Syarif dan IKRAM Selangor di Rimba Harmonis, Gombak.

Pasukan belia IKRAM Hulu Langat yang dinamakan 'Al-Qassam'


Mukhayyam Taj Waqar

Al-Amin Bangi - pada 1 Disember 2012 yang lalu satu program huffaz (Taj Al-Waqar)
 telah dijalankan bersama beberapa sekolah Musleh bagi menggiatkan lagi aktiviti hafazan
di kalangan pelajar Musleh khususnya. Seramai 30 peserta daripada Maahad Tahfiz
al-Amin bangi, Maahad Tahfiz As-Sa'diyyah, SMI Al-Itqan, SRI dan SMI Al-Amin Bangi.
Program ini telah diketuai oleh Musyrif daripada Gaza, Palestin iaitu Sheikh Abd Mon'em.
program selama sebulan ini sangat diharapkan boleh mendidik huffaz muda dan
dianggap satu galakan positif supaya mereka lebih mendekatkan diri untuk menghafaz
 al-Quran. Semoga ilmu dan hafazan mereka di sepanjang program ini mendapat berkat
dan rahmat daripada Allah InsyaAllah.

KEMBARA SEHENING FAJAR BROGA


03 December 2012

HADIAH UNTUK ANAK-ANAK GAZA (Siri 2)

Setelah misi A2GER pada khamis minggu lalu, Misi A2GER2 berangkat jam 10.00 malam hari ini. Misi kali ini diketuai oleh Hj Norazmi Talib. 

Usaha menyediakan dan menghantar hadiah untuk anak-anak Gaza diteruskan lagi. Sebahagian soft toys dan gula-gula/coklat untuk anak-anak Gaza turut dikirimkan bersama misi ini. 

Jutaan terima kasih kepada semua yang telah bermurah hati menyumbang dan membantu menguruskan penyediaan hadiah-hadiah ini. Banyak kisah yang menyentuh hati di sebalik hadiah-hadiah ini. Sungguh bantuan Allah datang dari arah yang tidak dijangka. Yang penting kita berusaha

InsyaAllah akan usahakan lagi hadiah untuk anak-anak Gaza untuk dikirimkan bersama misi seterusnya.