27 September 2013

Qurban 02: Hukum Ibadah Qurban & Pandangan Ulama'

...bersambung...


HUKUM IBADAH QURBAN

Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa qurban itu hukumnya wajib, manakala sebahagian yang lain menganggapnya sebagai sunnah.

Alasan yang mengatakan amalan qurban itu adalah wajib berdasarkan firman Allah yang bermaksud;
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) qurbanmu.” (al-Kauthar, 108:1-2)

Di dalam sebuah hadith Nabi SAW;
‘Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan qurban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” ‘ (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Manakala mereka yang berpandangan bahawa amalan qurban adalah suatu amalan sunnah adalah berpandukan hadith Nabi SAW;
“Aku diperintah untuk melakukan qurban dan qurban itu adalah sunnah bagi kamu.” (HR. at-Tirmizi)

Dalam hadith yang lain Rasulullah SAW menyatakan;
“Diwajibkan ke atasku supaya berqurban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.” (HR. Dar al-Qutniy)

Berdasarkan hadith di atas, ibadah atau amalan qurban adalah wajib ke atas diri Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya.


23 September 2013

Qurban 01: Sejarah, Pengertian dan Dalil


SEJARAH ASAL USUL QURBAN

1. Qurban Zaman Nabi Adam A.S. (Rujuk Surah al-Maidah, 5:27- 31)
2. Qurban Zaman Nabi Nuh A.S.
3. Qurban Zaman Nabi Daud dan Sulaiman A.S.
4. Qurban Zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S.
5. Qurban Zaman Nabi Musa A.S.
6. Qurban Bangsa Yunani dan Rom
7. Qurban Abdul Mutalib nenda Rasulullah S.A.W.

PENGERTIAN QURBAN

Bahasa: Nama yang diberikan terhadap apa yang diqurbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.

Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana qurban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.

22 September 2013

Bengkel Interaktif Kanak-kanak (Siri 2)

TERAS JERNANG, 21 September: IKRAM Hulu Langat dengan kerjasama telah GEMA Young Parents Club (YPC) dan Former Al-Amin Students Association (FASA), telah menganjurkan sebuah program bertajuk "Bengkel Interaktif Kanak-kanak (Siri 2)", bertempat di Masjid al-Solihin, Kg. Teras Jernang, Bangi.

Program yang dianjurkan oleh tiga badan ini mendapat sambutan yang sangat memberansangkan dari para ibu bapa muda dan juga para pengusaha taska serta guru-gurunya. Bengkel ini menampilkan Puan Azlina Roszy Mohammad Ghaffar, seorang psikologis klinikal dari Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.

Beliau telah menyatakan di dalam pendahuluan sesi perbincangannya, " Hadith nabi mengatakan bahawa; 'Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kemudian ibu bapanyalah yang menjadikan dia seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi...' Oleh itu, kedua ibu bapa seorang kanak-kanaklah yang mencorakkan kehidupan seseorang anak, dan juga suasana sekelilingnya"

20 September 2013

ToT Isu Mesir Kini

BANDAR BARU BANGI, 19 September: Pihak JK Pembelaan Umat Sejagat (JKPUS) IKRAM HL telah menganjurkan sebuah sesi "Training of Trainers" bagi ahli IKRAM HL yang berminat menjadi penceramah isu Mesir. Majlis telah dibuka dan diberi kata aluan oleh Pengerusi JK tersebut, Sdr. Mahathir Said.

Sesi ini kemudiannya diserahkan kepada Sdr. Ali Firdaus dan Sdr. Khairudin Mohamad, wakil IKRAM HL sekaligus ahli JKPUS yang telah menghadiri sesi ToT yang sama di peringkat IKRAM Pusat, yang telah diadakan sebelum ini. Kedua-dua fasilitator program ini telah menjelaskan kepada hadirin yang hadir tentang sejarah ringkas berlakunya krisis di Mesir, kepentingan penekanan penyampaian dalam perspektif yang betul, dan tentang kepentingan menguasai isu-isu berkait yang tidak disebutkan di dalam bahan pembentangan utama.

15 September 2013

ISU DISKRIMINASI TERHADAP WANITA BERTUDUNG


KENYATAAN MEDIA WANITA IKRAM MALAYSIA
ISU DISKRIMINASI TERHADAP WANITA BERTUDUNG

14 September 2013/8 Zulkaedah 1434H

Isu diskriminasi terhadap wanita bertudung kembali hangat dengan rentetan kejadian wanita yang tidak diambil bekerja hanya kerana dia bertudung, sedangkan dia mempunyai kelayakan pendidikan atau pengalaman. Seorang pengguna Facebook (FB) dikenali sebagai Mira Kamil, telah memuat naik status kekecewaannya selepas berulang kali permohonan kerjanya di sebuah butik ternama telah ditolak atas alasan dia bertudung. Sebelumnya pada bulan Jun 2013, Mokteh Bekeng dari Kajang, dalam ruangan Forum Utusan Malaysia telah mengadu mengenai nasib yang menimpa anak saudaranya apabila salah sebuah hospital di Kuantan, hanya bersedia menawarkan kerja sebagai jururawat jika sanggup membuka tudung.

03 September 2013

PERASMIAN PEJABAT DAN JAMUAN RAYA 1434H

BANDAR BARU BANGI, 31 Ogos: Pertubuhan IKRAM Malaysia cawangan Hulu Langat (IKRAM HL) telah menganjurkan majlis Perasmian Pejabat dan Jamuan Raya bersempena pembukaan pejabat baru cawangan, beserta bulan Syawal 1434H.

Perasmian pejabat IKRAM HL yang telah berlangsung di sebelah awal paginya telah dihadiri oleh ahli IKRAM HL dan juga para tetamu terhormat dari IKRAM pusat, di antara mereka yang hadir termasuk Ustaz Mohd Parid Sheikh Ahmad (Presiden IKRAM), Ustaz Shamsul Ma'arif Ismail (TYDP IKRAM Selangor), Dr. Ahmad Zainuddin Abdullah (Pengerusi KIMB), dan beberapa lagi wakil dari IKRAM Pusat beserta IKRAM Negeri Selangor.

Majlis telah dimulakan dengan pembacaan beberapa potong ayat al-Qur'an dari surah Taha (20), ayat 56-76, yang berkisar di sekitar kisah di antara nabi Musa AS dan para pesihir yang diupah oleh Firaun. Sejurus selepas tilawah al-Qur'an, YDP IKRAM Hulu Langat, Hj Sufyan Mohd Nor telah memberikan kata-kata aluan, dengan juga mengucapkan penghargaan kepada semua yang telah menyumbang dalam mendirikan pejabat baru IKRAM HL.