21 October 2013

IKRAM Menolak Fahaman Syiah dan Penyebarannya di Malaysia


KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)

19 Oktober 2013 bersamaan 14 Zulhijjah 1434 H

PENDIRIAN PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA DALAM ISU FAHAMAN SYIAH

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengambil maklum berhubung fahaman Syiah dan penyebarannya di Malaysia. IKRAM menyedari kewujudan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1996 dan juga dari Majlis Fatwa Negeri-negeri yang memfatwakan bahawa fahaman Syiah adalah bercanggah dengan fahaman aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bertentangan dengan hukum Syarak. Perkembangan terkini menunjukkan bahawa Syiah yang dahulunya terbahagi kepada beberapa aliran kini hampir kesemuanya menjurus kepada aliran Imamiah (juga dikenali sebagai Isna Asyariah atau Ja’fariyah) yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

19 October 2013

Isu Kalimah Allah: Urus Beza Pandangan dengan Bijaksana!


KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)

18 Oktober 2013 bersamaan 13 Zulhijjah 1434H

Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Kalimah Allah: Mari Kita Urus Perbezaan Pandangan dengan Bijaksana!
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin menyatakan kebimbangan mengenai tindakbalas masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia pada 14 Oktober 2013 yang lalu berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly.

17 October 2013

Program Qurban 1434H

SUNGAI TANGKAS, 15 Oktober: Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Hulu Langat (IKRAM HL) telah menganjurkan program Qurban 1434H bertempat di Sekolah Sri Al-Amin, Bangi, dengan kerjasama pihak sekolah dan Surau Ar-Ridhuan (Seksyen 16, Bandar Baru Bangi). Program yang unik ini telah dianjurkan buat julung kalinya, dengan kerjasama pelbagai pihak.

Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan, dengan dua daripadanya disembelih di kawasan sekolah. Sambutan yang begitu memberansangkan telah mengumpulkan lebih 40 sukarelawan bermula pukul 11 pagi, dari ketiga-tiga pihak penganjur bagi bergotong-royong memproses lembu yang telah disembelih.

Turut hadir di dalam majlis tersebut, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, YDP IKRAM Negeri Selangor, yang juga menjadi salah seorang penyembelih korban.

Bahagian-bahagian yang telah dibahagi-bahagikan, telah diagihkan kepada para peserta program Qurban, kepada sukarelawan, dan juga kepada masyarakat terpilih yang dikenal-pasti oleh pihak penganjur.

Majlis tamat selepas solat asar, setelah kawasan sekolah dibersihkan.-IMHL

Nota: Lagi gambar boleh didapati di FB Page IKRAM HL di album Qurban 1434H.

16 October 2013

Perutusan Ketua Wanita IKRAM – Eidul Adha 1434H


EIDUL ADHA – KEJAYAAN MEMERLUKAN PENGORBANAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,

Sempena hari raya Eidul Adha Wanita IKRAM mengajak semua pihak untuk membanyakkan takbir dan tahmid ; membesar dan mensucikan Allah azza wa Jalla Tuhan sekalian alam. Khusus bagi kaum wanita, Bulan Zulhijjah dan Hari Raya korban adalah kesempatan yang paling baik untuk kita mendidik anak-anak dan mempengaruhi orang-orang sekeliling kita untuk mempunyai jatidiri muslim dan mukmin yang akan menjamin kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat.

Perutusan Pengerusi i4S sempena Eid Adha 1434H (2013M)


Perutusan Pengerusi i4S sempena Eid Adha 1434H (2013M)

Dengan nama Allah Maha pemurah lagi maha pengasihani.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tahun ini umat Islam menyambut kedatangan Eid Adha dengan rasa duka dan pilu ke atas penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam di merata tempat. Bukan sahaja Palestin yang memerlukan sokongan dan bantuan bahkan kini Syria dan terbaru Mesir juga memerlukan perhatian umat Islam. Keadaan di Syria tidak menunjukkan bahawa peperangan semakin reda. Bahkan regim Bashar Assad terus meningkatkan serangan dan semakin biadap terhadap penduduk Syria. Mulai pertengahan tahun ini, senjata kimia digunakan ke atas orang-orang awam. Serangan terbesar di Ghutah telah membunuh lebih dari 1,300 penduduk dengan kanak-kanak menjadi sebahagian besar dari mangsa pembunuhan yang amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan.

14 October 2013

10 October 2013

Qurban 06: Kesilapan Dalam Qurban

...Sambungan...


BEBERAPA KESILAPAN DALAM IBADAH QURBAN

1. Ada beberapa golongan masyarakat yang melakukan kesilapan dengan melakukan ibadah qurban pada malam hari raya. Amalan ini tidak menepati sunnah dan sekiranya dilakukan juga, sembelihan tersebut tidak dikira sebagai ‘Ibadah Qurban’, kerana para ulama’ mengaggap perbuatan tersebut sebagai ‘makruh’.

2. Begitu juga dalam masalah pembahagian daging qurban. Masih ada amalan di mana daging yang telah diqurbankan dibahagi kepada tujuh bahagian, manakala bahagian tertentu (biasanya kepala, bahagian rusuk, batang pinang) diperuntukkan atau dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Tindakan ini sama sekali tidak dibenarkan, kerana setiap bahagian daging qurban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh dijadikan sebagi upah. Sekiranya kita masih ingin memberikan upah kepada tukang sembelih, pihak yang berkongsi qurban, boleh membayar lebih sedikit daripada harga sebenar binatang qurban dan menyerahkan lebihan wang tersebut kepada tukang sembelih.

07 October 2013

Qurban 05: Pembahagian Daging Qurban

...sambungan...


PEMBAHAGIAN DAGING QURBAN

1 . Jumhur Fuqaha’ (Mazhab Hanafi, Malikiy dan Hambali)

Menurut Mazhab Hanafi, harus memakan daging qurban yang disunatkan, manakala qurban nazar atau qurban wajib diharamkan untuk memakannya.

Menurut Mazhab Malikiy dan Hambali pula memakan daging qurban nazar dibolehkan sama seperti qurban sunat dan disunatkan supaya mencampurkan kedua-dua qurban tersebut sama ada untuk dimakan, disedekahkan dan dijadikan sebagai hadiah. Namun begitu mereka menghukumkan makruh sekiranya kita memakan atau menyimpan kesemua daging tersebut melebihi tiga hari.

04 October 2013

Perkhemahan Ahli Aktif Wanita Tiga Daerah


HULU LANGAT, 29 September: Sekreteriat Mukhayyam (Perkhemahan) IKRAM gabungan tiga daerah IKRAM (Kajang, Hulu Langat dan Sepang) telah berjaya menganjurkan Perkhemahan Ahli Aktif bertempat di Kem Lubok Manggis, Hulu Langat. Program yang melibatkan 50 orang peserta ini bermula pada malam Jumaat, 27hb September dan tamat pada tengahari Ahad, 29 September 2013. Dengan bertemakan Tadabbur Alam, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sedari awal program sehingga ke penghujungnya – baik indoor mahupun outdoor, serta memenuhi tuntutan fizikal, minda dan rohani.


Qurban 04: Beberapa Perihal Qurban

...sambungan...


SYARAT QURBAN DAN BINATANG YANG DIQURBANKAN

1. Binatang yang hendak dijadikan qurban itu, hendaklah dari binatang yang tidak cacat seperti pincang, sangat kurus, sakit, terpotong telinganya, terpotong ekornya. Umur yang disarankan bagi binatang yang akan diqurbankan itu adalah seperti berikut;

  • Kambing atau domba yang telah berumur satu tahun lebih atau sudah berganti gigi
  • Kambing biasa yang telah berumur dua tahun lebih.
  • Unta yang telah berumur lima tahun lebih.
  • Sapi, kerbau atau lembu yang telah berumur dua tahun lebih.
  • Sekiranya ternakan betina, pastikan ternakan tersebut tidak bunting ketika hendak diqurbankan. Bagaimanapun, qurban tetap dianggap sah, jika selepas disembelih didapati haiwan ternakan itu sedang bunting.
Sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud;
Daripada Barra’ bin ‘Azib, Rasulullah SAW bersabda; “Empat jenis binatang yang tidak sah dijadikan qurban, yang rosak matanya, yang sakit, yang pincang dan yang kurus dan tidak mempunyai isi.” (HR. Muslim)


01 October 2013

Qurban 03: Hikmah Pensyari'atan

...bersambung...


HIKMAH DI SEBALIK PENSYARIATAN IBADAH QURBAN

1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Bapa Para Nabi’ yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.

2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang tercinta. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.

3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berqurban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.