22 December 2013

IKRAM Menyampaikan Sumbangan Melalui Program "Back to School"


BANDAR BARU BANGI, 21 December: IKRAM Hulu Langat di bawah Jawatankuasa Pembangunan dan Khidmat Masyarakat telah menyerahkan boucer sumbangan barangan persekolahan kepada 43 orang pelajar di sekitar Bandar Baru Bangi melalui Program Back To School. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YDP IKRAM Hulu Langat; Hj Sufyan Mohd Nor bertempat di Pejabat IKRAM Hulu Langat bermula jam 9.00 pagi tadi.

Melalui program ini, setiap pelajar yang dipilih menerima sumbangan boucer sebanyak RM105.00 setiap seorang. Boucer tersebut akan ditebus oleh pelajar di Kedai Uniform Gallery, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Sumbangan barangan persekolahan adalah merangkumi sepasang pakaian sekolah, sebuah beg, sepasang kasut dan stokin dan satu set alat tulis.

21 December 2013

Syria Uncovered Tour di HL

BANDAR BARU BANGI, 18 Disember: IKRAM Hulu Langat di bawah Jawatankuasa Pembangunan Ummah Sejagat telah menganjurkan sebuah sesi perkongsian dari wakil IKRAM for SYRIA • i4s bertempat di Pejabat IKRAM Hulu Langat.

Perkongsian ini menampilkan tiga penceramah, iaitu Sdr. Abd Mu'iz, Sdr. Ahmad Husni (atau lebih dikenali sebagai Bonai), dan juga ustaz Syazly, di mana kesemua mereka merupakan ahli misi-misi i4S yang telah ke Syria atau sempandannya bagi menyampaikan bantuan rakyat Malaysia buat rakyat Syria yang ditindas.

Apa yang menarik, Sdr. Bonai telah berkongsi berkenaan latar belakang keterlibatannya di dalam ruang perjuangan Syria dan peranan belia di dalam menyelesaikan masalah ummah dan kemanusiaan ini. Beliau berkata, "Kita ada tiga peringkat untuk kempen ini, (1) Kesedaran, dan dari kesedaran tersebut lahirlah (2) aktiviti seperti ceramah ini, dan ultimately yang kita mahukan ialah (3) sumbangan dana". Beliau turut menekankan peri pentingnya belia memainkan peranan membawa isu ini di kalangan masyarakat.

Ustaz Syazly, pula mengambil ruang yang diberikan bagi menceritakan tentang sejarah tanah Syams dan hubungannya dengan negara Syria moden, dan beliau turut mengingatkan kembali para pendengar tentang kisah di sebalik kebangkitan rakyat Syria.-IMHL

Lagi gambar di FB IKRAM HL.

20 December 2013

Back to School


14 December 2013

Rehlah IKRAM HL '13

PASIR PANJANG, 7 Disember: IKRAM Hulu Langat telah mengadakan program Rehlah Keluarga IKRAM Hulu Langat 2013 bertempat di Hutan Lipur Pasir Panjang, Port Dickson.

Program bermula sekitar jam 9.30 pagi dengan ketibaan para peserta yang bertolak dari Bangi secara persendirian dan juga konvoi. Acara dimulakan dengan sarapan pagi dan sesi menjawab kuiz personaliti yang dikendalikan oleh Hj Malik Mat Suki.

Kemudian acara diteruskan dengan sesi taaruf antara peserta. Kemudian jam 11.45 pagi, aktiviti diteruskan dengan sesi berkayak oleh peserta belia dengan sedikit taklimat penerangan berkenaan langkah keselamatan dan asas kayak sebelum para peserta dilepaskan. Aktiviti berkayak tamat sekitar jam 12.45 tengah hari disusuli dengan makan tengah hari dan solat zohor.

Program tamat secara rasmi pada jam 2 petang.-IMHL

Lagi gambar terdapat di FB IKRAM HL.