Organisasi

AHLI JAWATANKUASA IKRAM HULU LANGAT 

SESI 2016-2018





YANG DIPERTUA:
PROF. DR. MAHAMOD BIN ISMAIL
TIMB YANG DIPERTUA:
HJ MAHATHIR SAID
SETIAUSAHA:
UST AHMAD HAZIM ALIAS
BENDAHARI:
HJH ROHAYAH MOHD ZAIN
PENOLONG SETIAUSAHA:
ZUBAIR BIN THOLUDIN
KETUA WANITA:
HJH NORAIN HAYUN

AHLI JAWATANKUASA:

1. DR MOHD ZAHIRASRI BIN MOHD TOHIR

2. PROF. MADYA DR HEZERUL BIN ABDUL KARIM

3. MUHD ZULFADHLI BIN MUHD ZAIMI

4. MARYAM BINTI JAILANI

5. KHAIRUL ANWAR BIN MOHD ISA

6. UST MUHAMMAD MAWARDI BIN HAFIDZI

7. UST PROF. DR AMIR HUSIN BIN MOHD NOR

8. HJ ALI JANUDIN

9. MOHD AQMIN BIN ABDUL WAHAB

10. RAHIME CHE YEN

11. PROF. MADYA DR FAZILAH BINTI IDRIS




LATAR BELAKANG ORGANISASI


VISI: MALAYSIA MENJADI NEGARA RAHMAH
12 Ciri Asas Negara Rahmah berasaskan Islam:
  1. Kepemimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti
  2. Sistem Pemerintahan yang Berasaskan Semak dan Imbang yang Berkesan
  3. Tadbir Urus yang Baik
  4. Undang-undang yang Adil
  5. Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang
  6. Institusi Keluarga yang Utuh
  7. Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni
  8. Ekonomi yang Mampan
  9. Agihan Kekayaan yang Saksama
  10. Pembangunan yang Lestari
  11. Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara
  12. Menerajui Usaha keamanan dan Kesejahteraan Sejagat


MISI 
  • Mengajak dan membimbing masyarakat memahami, menerima dan menghayati Islam sebagai panduan dalam kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara
  • Berjuang membangun sebuah masyarakat maju berasaskan manhaj taghyir yang tepat, tasawur Islam yang syumul dan tarbiah yang mantap dengan memanfaatkan teknologi dan amalan terbaik pengurusan
  • Membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan


MATLAMAT
  • Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  • Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
  • Meninggikan taraf sosioekonomi umat Islam;
  • Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membanteras kejahilan, kemiskinan dan keruntuhan moral di samping menggalakkan kerja kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama;
  • Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan mereka;
  • Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  • Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  • Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

LAMBANG, COGAN KATA DAN DASAR
LAMBANG

Ia merupakan sebuah logo yang merangkumi dua bahagian: Sebuah huruf Arab atau Jawi iaitu "alif", atau sebagai huruf Roman "i". Maka kaedah seni yang digunakan menghasilkan percantuman dan penindihan antara "alif" dan "i".

Makna lambang IKRAM adalah seperti berikut:


  • Huruf Arab "alif" dan huruf Roman "i" adalah permulaan bagi perkataan Ikram, Islam, Iman dan Ihsan serta juga beberapa perkataan yang membawa makna yang positif di dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti Inovasi dan Intergriti.
  • Dua warna yang digunakan ialah warna batu firus hijau kebiru-biruan atau torquoise (Dewan      Bahasa dan Pustaka, 2002. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu Edisi Kedua) bagi "alif" dan warna hijau bagi "glob". Warna batu firus adalah warna segar kontemporari dan warna hijau adalah warna kesegaran sejagat.



COGAN KATA

Cogan kata IKRAM ialah "Ukhuwah Teras Kegemilangan".


DASAR

Dasar IKRAM ialah Islam, dan asas pegangannya ialah Al-Qur'an, As-Sunnah, Ijma' dan Ijtihad.