Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts

28 March 2014

Demonstrasi Mesir: IKRAM Tunjuk Solidariti

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Malaysians 4 Egypt - M4E bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia, dan beberapa NGO Islam yang lain, serta Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah menganjurkan sebuah perhimpunan rakyat Malaysia, berdekatan kedutaan Mesir, bagi membantah tindakan kerajaan keduta Mesir menghukum bunuh seramai 529 penyokong demokrasi di Mesir.

Perhimpunan yang mengumpulkan kira-kira 3000 rakyat Malaysia bermula di kawasan berdekatan Ampang Point, setelah selesai solat Jumaat. Perarakan rakyat ini bergerak sehingga ke kedutaan Mesir di Ampang Hilir.


27 March 2014

Mesir: IKRAM Selangor Anjur Solat Hajat


BANDAR BARU BANGI, 25 Mac: IKRAM Selangor dengan kerjasama IKRAM Hulu Langat telah menganjurkan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Mesir dari terus dizalimi oleh Kerajaan Kudeta Mesir. Ia bertempat di Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi.

Masjid Hasanah, tempat didirikan solat hajat perdana ini, telah dipenuhi oleh ahli qariyah masjid dari kalangan penduduk Bandar Baru Bangi, dan juga oleh ahli IKRAM dari seluruh Selangor.

21 December 2013

Syria Uncovered Tour di HL

BANDAR BARU BANGI, 18 Disember: IKRAM Hulu Langat di bawah Jawatankuasa Pembangunan Ummah Sejagat telah menganjurkan sebuah sesi perkongsian dari wakil IKRAM for SYRIA • i4s bertempat di Pejabat IKRAM Hulu Langat.

Perkongsian ini menampilkan tiga penceramah, iaitu Sdr. Abd Mu'iz, Sdr. Ahmad Husni (atau lebih dikenali sebagai Bonai), dan juga ustaz Syazly, di mana kesemua mereka merupakan ahli misi-misi i4S yang telah ke Syria atau sempandannya bagi menyampaikan bantuan rakyat Malaysia buat rakyat Syria yang ditindas.

Apa yang menarik, Sdr. Bonai telah berkongsi berkenaan latar belakang keterlibatannya di dalam ruang perjuangan Syria dan peranan belia di dalam menyelesaikan masalah ummah dan kemanusiaan ini. Beliau berkata, "Kita ada tiga peringkat untuk kempen ini, (1) Kesedaran, dan dari kesedaran tersebut lahirlah (2) aktiviti seperti ceramah ini, dan ultimately yang kita mahukan ialah (3) sumbangan dana". Beliau turut menekankan peri pentingnya belia memainkan peranan membawa isu ini di kalangan masyarakat.

Ustaz Syazly, pula mengambil ruang yang diberikan bagi menceritakan tentang sejarah tanah Syams dan hubungannya dengan negara Syria moden, dan beliau turut mengingatkan kembali para pendengar tentang kisah di sebalik kebangkitan rakyat Syria.-IMHL

Lagi gambar di FB IKRAM HL.

16 October 2013

Perutusan Pengerusi i4S sempena Eid Adha 1434H (2013M)


Perutusan Pengerusi i4S sempena Eid Adha 1434H (2013M)

Dengan nama Allah Maha pemurah lagi maha pengasihani.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tahun ini umat Islam menyambut kedatangan Eid Adha dengan rasa duka dan pilu ke atas penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam di merata tempat. Bukan sahaja Palestin yang memerlukan sokongan dan bantuan bahkan kini Syria dan terbaru Mesir juga memerlukan perhatian umat Islam. Keadaan di Syria tidak menunjukkan bahawa peperangan semakin reda. Bahkan regim Bashar Assad terus meningkatkan serangan dan semakin biadap terhadap penduduk Syria. Mulai pertengahan tahun ini, senjata kimia digunakan ke atas orang-orang awam. Serangan terbesar di Ghutah telah membunuh lebih dari 1,300 penduduk dengan kanak-kanak menjadi sebahagian besar dari mangsa pembunuhan yang amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan.

20 September 2013

ToT Isu Mesir Kini

BANDAR BARU BANGI, 19 September: Pihak JK Pembelaan Umat Sejagat (JKPUS) IKRAM HL telah menganjurkan sebuah sesi "Training of Trainers" bagi ahli IKRAM HL yang berminat menjadi penceramah isu Mesir. Majlis telah dibuka dan diberi kata aluan oleh Pengerusi JK tersebut, Sdr. Mahathir Said.

Sesi ini kemudiannya diserahkan kepada Sdr. Ali Firdaus dan Sdr. Khairudin Mohamad, wakil IKRAM HL sekaligus ahli JKPUS yang telah menghadiri sesi ToT yang sama di peringkat IKRAM Pusat, yang telah diadakan sebelum ini. Kedua-dua fasilitator program ini telah menjelaskan kepada hadirin yang hadir tentang sejarah ringkas berlakunya krisis di Mesir, kepentingan penekanan penyampaian dalam perspektif yang betul, dan tentang kepentingan menguasai isu-isu berkait yang tidak disebutkan di dalam bahan pembentangan utama.

25 June 2012

Tahniah Buat Dr. Muhammad Mursi


Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
25 Jun 2012 / 5 Syaaban 1433 H

Ucapan Tahniah Buat Dr Mohamed Morsi, Presiden Mesir Yang Baru

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan menzahirkan rasa keyukuran di atas kemenangan Dr Mohammed Morsi Isa' al-Ayyat calon Ikhwanul Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden Mesir mewakili Parti Hizbul Hurriyah wal ‘Adalah atau Freedom and Justice Party (FJP) pada 16 dan 17hb Jun 2012.


07 June 2012

Lawatan Tokoh Syria

KUALA LUMPUR – Sekretariat Gabungan Selamatkan Syria yang diterajui IKRAM, ABIM, HALUAN dan 24 NGO, telah menjemput dua tokoh Syria untuk memberi kesedaran tentang realiti kebangkitan rakyat dan krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Syria hasil kekejaman rejim Basyar Al-Assad. Mereka ialah ulama Syria yang juga pembantu khas Dr Yusuf Al-Qardhawi, Dr Khaled Hindawi dan pimpinan Ikhwan Muslimun Syria, Dr Amer Abu Salamah yang diturut ditemani seorang lagi pimpinan, Dr Salamah.

Mereka tiba pada Khamis 24 Mei 2012 dan pada malamnya mereka diraikan dalam majlis perjumpaan dengan para pimpinan IKRAM. Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad turut melancarkan Tabung Kasih Ummah Syria. Pada pagi keesokannya, Jumaat 25 Mei 2012, mereka menghadiri sesi rakaman di RTM untuk diterbitkan sebagai rencana pendek dalam Berita Dunia pada jam 11.00 malam tentang perjuangan Ikhwan Muslimun di Syria. Selesai solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM Gombak, Dr Khaled menyampaikan ucapan mengenai Syria kepada pelajar dan kakitangan UIAM. Kemudian, beliau bergegas menghadiri sesi rakaman TV3 di Damansara Utama, yang akan diterbitkan dalam bentuk dokumentari. Pertemuan bersama pelajar Arab di UIAM turut diadakan pada malamnya.


29 May 2012

Tabung Kasih Ummah Syria 2012

Sesungguhnya Allah telah menyuruh kita untuk berlumba-lumba di dalam melakukan kebaikan; "Maka berlumba-lumbalah kamu di dalam melaksanakan kebaikan" (al-Baqarah, 2:148).


28 March 2012

Perutusan Pengerusi AS Sempena MyGMJ



PERUTUSAN PENGERUSI AQSA SYARIF SEMPENA MyGMJ 30 Mac 2012

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat.

Aqsa Syarif mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyahut seruan ‘Global march to Jerusalem’ GMJ pada 30 Mac 2012 yang akan berjalan serentak di seluruh dunia.

GMJ atau Perarakan menuju Baitul Maqdis adalah satu program yang menggabungkan inisiatif global untuk membela dan membebaskan Baitul Maqdis dan bumi Palestin dari cengkaman Zionis yang telah menceroboh tanah suci dan pusat tiga agama besar dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Sepanjang 64 tahun yang lalu sejak berdirinya Negara haram Israel dan sejak 45 tahun Baitul Maqdis dan Tebing Barat diduduki oleh Israel pelbagai bentuk kebiadaban telah dilakukan ke atas tempat-tempat suci dan rumah-rumah ibadah khususnya yang dimiliki oleh umat Islam dan Kritsian.

27 March 2012

Perhimpunan MyGMJ


There are certain speakers and events to be changed while remain the venue and tentative. Any new changes will be updated. For the time being, please help us:

1. Highlight to the public, this event will be on the 30th.
2. The venue will take place at Stadium Melawati Shah Alam (not Stadium Shah Alam).
3. Share and tag as many friends, relatives, neighbours, colleges, known and unknown persons of yours about the event.
4. Forgive us due to our weaknesses. T_T
5. Please please and please come to the event!!!

Program

5.00 - 7.00pm : Palestine Film Screening, Drawing Competition (children), Generic Quiz Ballot Boxed.
6.00 - 6.30pm : Nationwide convoy celebration
7.15 - 8.15pm : Break / Perform the prayer
8.30 - 8.45pm : Opening video (A2G & palestinian issues)
8.45 - 9.00pm : Performances by - Yasin, Dabka Dance, Mirwana
9.00 - 9.20pm : Tun Mahathir's Speech
9.20 - 9.40pm : Performances by Muaz, Satira Morgan, A Samad Said, George Galloway
9.40 - 9.55pm : Dr. Maszlee Malik's GMJ Speech, Dr. Ismail Haniyeh's Speech, Choral Speaking "I want my father"
9.55 - 10.15pm : GMJ 'live' telecast
10.15 - 10.30pm : Performances - Flashmob, 131 flags Superbikes, MyGMJ NGO Partners
10.30 - 10.35pm : Du'a Recitation.

MyGMJ Secretariat

20 March 2012

Palestin: Penyelesaian Dua Negara?



InsyaAllah pada 23 Mac 2012, Jumaat, satu ceramah Isu Palestin spt tajuk di atas akan diadakan di Surau Al-Amin, Seksyen 8, BB Bangi.

Ceramah akan disampaikan oleh Dr Tengku Shahrom Tengku Shahdan (DrT),(Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Subang Jaya).

1. Ceramah akan menyentuh perkara berkaitan dgn langkah penyelesaian dua negara bagi isu di Palestin. Poin utama akan ditekankan, bagaimana isu ini perlu dilihat dan diselesaikan mengikut syariat Islam. 

Sehubungan dengan itu, ikhwah akhawat yg berkelapangan dijemput hadir bersama bagi memperkasakan info untuk kita menerangkan perkara/pendirian yg seharusnya umat Islam fahami dan pegang.

2. Selain itu, penceramah jg akan menerangkan perkembangan projek2 Aqsa Syarif di Gaza hasil drp audit yg dilakukan oleh Lembaga Pemegang Amanah ASyarif baru2 ini.

3. Akhir sekali, promo ringkas ttg MyGMJ juga akan diadakan insyaAllah.

Dijemput hadir dan harap dapat dikongsikan kpd yg lain.

Jazakumullah khoiran katheera.

Sekretariat Aqsa Syarif 
Hulu Langat

16 March 2012

Hentikan Kekejaman Terhadap Rakyat Syria



Oleh Mohd Sofwan Mohd Resali

Saudara yang jujur,
Jika umur panjang, dan diberi kekuatan oleh Allah S.W.T kita akan berjumpa lagi dengan satu lagi perhimpunan aman. Kali ini bermula di surau Tabung Haji hinggalah ke kedutaan Syria. Jaraknya lebih kurang 2.5 km atas sedikit daripada kedutaan USA. Penyertaan dan mobilisasi ini telah pun diarahkan melalui peringkat tertinggi IKRAM sehinggalah kepada kita ahli diperingkat daerah. Pimpinan tertinggi IKRAM juga akan bersama-sama perhimpunan aman kali ini. 

05 September 2011

Mursyid Am IM: Tahniah Buat Rakyat Mesir



MESIR - Prof Dr Mohamed Badie, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, mengirimkan ucapan tahniah yang tulus kepada rakyat Mesir, negara-negara Arab dan Islam sempena Hari Raya Eidul Fitri, sambil berdoa kepada Allah SWT agar menjadikannya sebagai perayaan yang menggembirakan orang-orang Mesir, yang pernah dibayangi ketidakadilan dan kekejaman di mana kini telah menikmati kebebasan.