13 January 2012

Rehlah Pemuda Pembuka 2012


Oleh Mohd Sofwan Mohd Resali
Disunting oleh IKRAM Media HL

Pada 8 Januari 2012 (Ahad) telah diadakan rehlah Pemuda bagi IKRAM Hulu Langat. Ianya mensasarkan kepada warga Pemuda (bukan IPT dan remaja) yang sudah pun menamatkan pengajian di alam IPT. Maksudnya yang sudah bekerja dan sedang menyambung ke peringkat master dan keatas. Kebanyakan mereka ini tergolong juga daripada keluarga muda yang rata-rata mempunyai anak-anak kecil. Rehlah ini telah dibuat di Sungai Manggis, Hulu Langat dari pukul 9 pagi sehingga pukul 1 tengah hari.

Para penganjur program tersebut telah meletakkan beberapa objektif;
  1. Menghimpunkan semua tenaga pemuda (belia) yang ada di daerah hulu langat.
  2. Meningkatkan ukhuwwah sesama pemuda terutamanya untuk mencapai objektif yang lebih besar lagi.
  3. Memperkenalkan IKRAM kepada pasangan-pasangan yang bukan ahli IKRAM.
  4. Meraikan kehadiran perpindahan ahli baru dikalangan pemuda yang berpindah daerah lain ke hulu langat dan akan menyumbang tenaga di sini. (ada banyak latarbelakang pendidikan, ada yang tamat belajar drpd IPT tempatan, Australia, UK, US, Jepun dan Timur Tengah)


Kehadiran begitu memberansangkan dengan perancangan yang santai, sebanyak 20 keluarga pemuda hadir di dalam program tersebut. Bahkan bukan itu sahaja, seramai enam orang yang masih belum berkeluarga turut datang. Targetnya lebih lagi, namun ada ramai di kalangan ahli Pemuda yang ada hali keluarganya dalam tempoh pantang, dek menyambut kelahiran cahaya mata baru.


Turut hadir di dalam perjumpaan tersebut ialah TYDP IKRAM Hulu Langat, Prof Madya Dr Hariffin Bosroh bersama-sama dengan isteri yang juga Ketua Wanita IKRAM Hulu Langat (Puan Hamisah Abd Mubin). Beliau telah memberi kata-kata semangat kepada semua pemuda yang hadir.


Sesudah selesai rehlah, pihak penganjur daripada Pemuda IKRAM Hulu Langat meletakkan harapan bahawa melalui pertemuan akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak lagi pertemuan di medan amal dan membantu daerah dalam melaksanakan proses tarbiyah dan dakwah yang telah diatur. Selain itu, melalui pertemuan ini juga pemuda akan mampu mengoptimumkan dan memanfaatkan sumber tenaga pemuda yang ada didaerah Hulu Langat. Akhir sekali, harapan untuk setiap pemuda berasa bertanggungjawab untuk membantu diri sendiri dan rakan-rakan pemuda disekeliling untuk bersama-sama menjayakan agenda IKRAM yang semestinya kepada Islam itu secara khusunya.

No comments:

Post a Comment