Seminar Wanita dan Syariah ini telah di rasmikan oleh YDP IKRAM Hulu Langat, Dr Mustaffa Din Subari. Turut hadir sebagai tetamu jemputan adalah Timbalan Naib Canselor UNITEN, Prof Dr Kamal Nasharuddin yang juga merupakan YDP IKRAM Kajang, YDP PKPI, Dr Mohd Hariffin Boosroh, dan YDP JIM Hulu Langat En Khairul Anuar Zit. Ucaptama yang bertajuk "Lelaki Pelindung, Wanita Pendorong" yang dikupas oleh Prof Madya Dr Harlina Harliza Hj Shiraj telah berjaya membuat para peserta terpaku di tempat duduk masing-masing.
Sementara itu forum yang mengupas tema seminar, "Keluarga Sejahtera di Bawah Naungan Syariah" menampilkan dua ahli panel iaitu Dr Zulfakar Ramlee dan Pn Rosmawati Zainal, manakala Dr. Bushro Mohd Ali bertindak sebagai moderator.Seminar ini telah berjaya menarik peserta seramai 350 orang yang terdiri dari kalangan staf Uniten, ahli PKPI dan penduduk sekitar daerah Hulu Langat dan Kajang yang mana lebih 50% dari jumlah tersebut bukan ahli IKRAM.
Rata-rata para peserta yang memberi maklumbalas menyatakan sangat berpuas hati dengan perjalanan dan pengisian seminar ini dan berharap akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang. -IKRAMedia HL

No comments:
Post a Comment