21 July 2012

Semarak Ramadhan

Pertubuhan Ikram Daerah Hulu Langat telah mengadakan program Semarak Ramadan pada 19 Julai 2012 di Musolla Sekolah Sri Al-Amin, Bangi. Lebih 100 ahli serta keluarga masing telah hadir diprogram ini. Antara agenda pada malam tersebut termasuklah ucapan aluan YDP Daerah yang menyentuh beberapa perkara berkaitan dengan bulan ramadan.


Majlis kemudiannya diteruskan dengan Serahan Kutipan Sumbangan semasa program perihatin Syria berupa ceramah oleh PM Dr Hafidzi Mohd Nor yang telah diadakan di Masjid KUIS pada 13 Julai lepas. Serahan kutipan tersebut telah disampaikan oleh  Sdra Presiden Kelab Aqsa Syarif KUIS kepada Sdra Naim Jusri, wakil JK Antarabangsa Ikram Pusat.


Majlis kemudiannya diteruskan dengan ceramah Ihya Ramadan oleh Al-Fadhil Ust Zamri Abdul Rahim. Antara yang disentuh oleh Ust Zamri termasuklah ayat perintah puasa, kepentingan berdoa ketika hendak berbuka kerana ianya termasuk salah satu dari waktu2 yang dimustajabkan doa. Juga kita diminta untuk memperbanyakan doa di bulan ramadan sebagai mengambil pengajaran dari ayat 186 dari surah Al-Baqarah yang terdapat diantara ayat2 perintah puasa iaitu dari ayat 183 hingga 187.


Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak.

No comments:

Post a Comment