28 June 2013

MESYUARAT AGONG WANITA DAERAH IKRAM HL 2013

BANDAR BARU BANGI, 13 Jun - Mesyuarat Agong Wanita IKRAM Daerah Hulu Langat (MAWD HL) telah diadakan bertempat di Pejabat IKRAM Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi bermula pada jam 8.30 malam. MAWD tersebut dirasmikan oleh Ketua Wanita IKRAM Negeri Selangor, Prof. Madya Dr. Roohaida Bt Othman dan turut dihadiri oleh YDP IKRAM HL (Hj. Sufyan Mohd Nor), Setiausaha Daerah IKRAM HL (Dr. Hezerul Abdul Karim) serta Penolong Setiausaha Daerah IKRAM HL (Hj Mohd Nor Abd Kadir). Seramai 44 ahli hadir di MAWD, 8 di antaranya bertindak sebagai pemerhati. MAWD dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap, Puan Hamisah Mubin dan minit mesyuarat dicatat oleh saudari Asma’ Ahmadon dan Nur Izyana Hariffin.

Tiada pemilihan barisan jawatankuasa yang baru diadakan pada tahun ini. Pemilihan dilakukan setiap 2 tahun sekali di mana pemilihan jawatankuasa baru akan dilakukan pada MAWD 2014.

MAWD dimulakan dengan bacaan al-Quran dari surah Asy-Syu’araa’ ayat 27-44 oleh saudara Salman Hilmi Bin Amir Husin, diikuti dengan nyanyian lagu IKRAM oleh semua ahli yang hadir. Seterusnya Ketua Wanita IKRAM HL, Hjh Zuraidah Kornain menyampaikan ucapan alu-aluan dan disusuli oleh ucapan perasmian oleh Ketua Wanita IKRAM Negeri Selangor.

Laporan Tahunan 2013 dibentang oleh Puan Maryam Jailani selaku Setiausaha Wanita IKRAM HL yang menyentuh mengenai pencapaian di bawah 2 sasaran strategik iaitu menjadikan Wanita Ikram HL antara NGO wanita terunggul di daerah Hulu Langat dan memimpin gabungan NGO-NGO Wanita Islam di Hulu Langat. Pembentangan laporan disusuli oleh sesi soal jawab di mana ahli-ahli membahaskan pemasalahan dalam laporan tahunan. Walau bagaimanapun, semua ahli bersepakat dengan laporan tersebut di mana KRA Wanita merupakan pencapaian tertinggi dengan skala 3.00-4.00 yang berstatus baik. Puan Norsyam Abu Bakar memberi cadangan untuk meluluskan laporan tahunan ini dan disokong oleh Puan Nourul Aisyah.

Laporan Kewangan 2013 juga dibentang oleh Puan Maryam Jailani bagi menggantikan Bendahari iaitu Puan Rohaya Mat Zin yang tidak dapat hadir. Berikutan tiada cadangan usul, maka ahli mesyuarat bersepakat untuk menyerahkan mandat kepada Ketua Wanita bagi melantik ahli ke Majlis Pewakilan Wanita Nasional.

Dalam ucapan penutup, Hjh Zuraidah Kornain merakamkan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menggembleng tenaga bagi menjayakan pelbagai aktiviti di daerah Hulu Langat. Semua ahli diseru untuk sentiasa komited membantu dengan saf kepimpinan dalam menjayakan semua program dan menyelesaikan masalah ummah sebagaimana yang disebut dalam Surah Anfal ayat 60. Beliau juga menyeru supaya ahli Wanita IKRAM sentiasa bersedia dan mempersiapkan diri dengan ilmu, kefahaman agama dan persekitaran serta mengenalpasti gejala sosial dan membendungnya agar syariah dapat ditegakkan.

Penyampaian cenderahati kepada Ketua Wanita Ikram Selangor, Prof. Madya Dr. Roohaida Othman

MAWD 2013 berakhir pada jam 11 malam. -IMHL

No comments:

Post a Comment