BANDAR BARU BANGI - Ahad 12hb Disember 2010, Seawal 6.45 pagi, para petugas terutamanya dari HPAN telah berada di perkarangan masjid Hasanah bersedia untuk memulakan tugas pada pukul 7 pagi di mana pendaftaran peserta sunathon bermula. Sunathon ini adalah kerjasama antara IKRAM Hulu Langat, HPAN, masjid Hasanah dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.
Majlis dimulakan dengan peserta seramai 92 orang beserta ibubapa dan para pengiring berarak mengilingi masjid Hasanah diiringi paluan kompang yang dibawa khas oleh Persatuan Penduduk Bangi. Di hujung perarakan mereka di'mandikan' oleh pasukan Bomba Bandar Baru Bangi. Setelah bersalin pakaian memakai baju dan kain pelikat acara sunathon bermula sementara ibubapa dan para tetamu jemputan berada di dewan untuk acara perasmian oleh YB Adun Bangi, Dr Shafie.
Majlis selesai menjelang pukul 2.30 petang. Terima kasih kepada semua petugas dari IKRAM Hulu Langat dan Kajang yang telah bersama menjayakan majlis sunathon kali ini. Terima kasih juga untuk saudari Norsyam selaku pengarah program dan HPAN yang menjemput IKRAM Hulu Langat untuk bersama -sama menjayakan sunathon ini. Diharapkan kerjasama erat antara HPAN dan IKRAM Hulu Langat akan berterusan untuk tahun-tahun mendatang.
Laporan ditulis oleh Pn. Hamisah Mubin, Ketua Wanita, IKRAM Hulu Langat.
Lagi gambar di bawah: