15 August 2011

Iftar Perdana



BANGI - Iftar Perdana anjuran bersama PIBG Sekolah Sri Al Amin Bangi, Ikram Hulu Langat, Ikram Kajang, JIM Daerah Hulu Langat dan FASA telah diadakan pada hari Sabtu bermula jam 6.45 Petang.

Majlis Iftar Perdana ini telah dihadiri oleh kira-kira 800 ahli PIBG, Ikram, JIM dan FASA serta keluarga masing-masing. Turut hadir ialah Pengerusi PIBG, Dr Badrol Ahmad, Yang DiPertua Ikram Daerah Hulu Langat, Dr Mustafa Din Subari dan Yang DiPertua Ikram Kajang, Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha.



Dari kanan YDP Ikram Hulu Langat, YDP Ikram Kajang, Pengerusi PIBG

Majlis telah dimulakan dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Amir Husin Mohd Nor. Selepas berbuka puasa, solat maghrib dan solat isyak, Pengerusai PIBG telah memberikan ucapan aluan dan seterusnya melancarkan Tabung Bangunan Tahfis Sekolah Al Amin Bangi serta tabung sumbangan untuk Palestin.


Dr Badrol memberikan ucapan

Solat hajat bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM telah diadakan sebelum majlis diteruskan dengan solat tarawikh. Majlis tamat kira-kira jam 10.30 malam. Berikut adalah antara tetamu/hadirin yang hadir di Majlis Iftar Perdana.























No comments:

Post a Comment