Pada 5 Disember lalu, Puan Norsham Abu Bakar telah dijemput melalui Aqsa Syarif Hulu Langat, untuk membuat perkongsian isu Palestin di Kolej Komuniti Hulu langat.
Jemputan tersebut adalah sempena kempen isu Palestin yang dianjurkan oleh pelajar dan kakitangan kolej tersebut. Majlis pelancaran kempen yang bertemakan "WE UNITE FOR GAZA" bermula dari jam 9.00 - 1.00 tghari.
Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Hulu Langat, Pn Roslina Lapanditah yang seterusnya melancarkan kempen kutipan untuk Palestin. Majlis turut dihadiri oleh pelajar-pelajar, kakitangan kolej dan masyarakat di sekitar Kolej Komuniti lebih kurang seramai 50-70 orang.
Di samping ceramah, diadakan juga pameran, jualan hasil tangan pelajar dan komuniti setempat dan jumble sale. Dalam tempoh kempen tersebut, para pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat juga akan membuat kempen dan kutipan derma di shopping complex sekitar Kajang.
Aqsa Syarif Hulu Langat telah membantu menyediakan bahan pameran dan fliers berkaitan projek-projek di Palestin di bawah kendalian Aqsa Syarif.
Kempen tersebut akan berakhir dengan majlis yang lebih besar yg melibatkan semua Kolej-kolej Komuniti yang akan diadakan pada pertengahan Disember ini di Sabak Bernam. Pn Roslina turut menyatakan akan menjemput Aqsa Syarif Hulu Langat ke majlis tersebut.
Majlis juga dihadiri oleh wakil-wakil media dari UTUSAN, KOSMO dan HARIAN METRO. Selepas perkongsian oleh Aqsa Syarif, wakil media telah mengadakan sesi temuramah bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk akhbar mereka.
No comments:
Post a Comment