03 December 2012

HADIAH UNTUK ANAK-ANAK GAZA (Siri 2)

Setelah misi A2GER pada khamis minggu lalu, Misi A2GER2 berangkat jam 10.00 malam hari ini. Misi kali ini diketuai oleh Hj Norazmi Talib. 

Usaha menyediakan dan menghantar hadiah untuk anak-anak Gaza diteruskan lagi. Sebahagian soft toys dan gula-gula/coklat untuk anak-anak Gaza turut dikirimkan bersama misi ini. 

Jutaan terima kasih kepada semua yang telah bermurah hati menyumbang dan membantu menguruskan penyediaan hadiah-hadiah ini. Banyak kisah yang menyentuh hati di sebalik hadiah-hadiah ini. Sungguh bantuan Allah datang dari arah yang tidak dijangka. Yang penting kita berusaha

InsyaAllah akan usahakan lagi hadiah untuk anak-anak Gaza untuk dikirimkan bersama misi seterusnya.



No comments:

Post a Comment