21 December 2013

Syria Uncovered Tour di HL

BANDAR BARU BANGI, 18 Disember: IKRAM Hulu Langat di bawah Jawatankuasa Pembangunan Ummah Sejagat telah menganjurkan sebuah sesi perkongsian dari wakil IKRAM for SYRIA • i4s bertempat di Pejabat IKRAM Hulu Langat.

Perkongsian ini menampilkan tiga penceramah, iaitu Sdr. Abd Mu'iz, Sdr. Ahmad Husni (atau lebih dikenali sebagai Bonai), dan juga ustaz Syazly, di mana kesemua mereka merupakan ahli misi-misi i4S yang telah ke Syria atau sempandannya bagi menyampaikan bantuan rakyat Malaysia buat rakyat Syria yang ditindas.

Apa yang menarik, Sdr. Bonai telah berkongsi berkenaan latar belakang keterlibatannya di dalam ruang perjuangan Syria dan peranan belia di dalam menyelesaikan masalah ummah dan kemanusiaan ini. Beliau berkata, "Kita ada tiga peringkat untuk kempen ini, (1) Kesedaran, dan dari kesedaran tersebut lahirlah (2) aktiviti seperti ceramah ini, dan ultimately yang kita mahukan ialah (3) sumbangan dana". Beliau turut menekankan peri pentingnya belia memainkan peranan membawa isu ini di kalangan masyarakat.

Ustaz Syazly, pula mengambil ruang yang diberikan bagi menceritakan tentang sejarah tanah Syams dan hubungannya dengan negara Syria moden, dan beliau turut mengingatkan kembali para pendengar tentang kisah di sebalik kebangkitan rakyat Syria.-IMHL

Lagi gambar di FB IKRAM HL.

No comments:

Post a Comment