13 March 2014

Wanita IKRAM Selangor Tingkatkan Kesedaran Pengurusan Kewangan


SERDANG, 9 Mac: Wanita IKRAM Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Staf Biotech, Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul telah menjayakan sebuah program yang bertajuk "Seminar Urus Wang Gaya Muslim Cemerlang" di Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.

Program yang dihadiri rata-rata mahasiswa-mahasiswi dan mereka yang telah berkeluarga ini bermula sekitar jam 9 pagi dengan perasmian oleh YDP IKRAM Sepang, Prof. Dr. Mohd Ali Hassan dan bacaan ayat suci Al-Quran. Slot pertama dimulakan bertajuk "Saya Bijak Urus Wang" telah disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd Nazari B. Ismail.

Slot seterusnya bermula sekitar 11.10 pagi dalam bentuk forum yang bertajuk "Urus Wang, Hati Senang" dikelolakan oleh Puan Maswati sebagai moderator dan dibarisi 2 panel jemputan, Hjh. Rohani Bt. Datuk Hj. Mohd Shahir dan Hj. Mahdzir B. Md Isa.

Program tamat pada jam 1.00 petang dengan bacaan doa penutup oleh Tuan Haji Hairuddin Muhammad.-IMHL
--

No comments:

Post a Comment