28 March 2014

Demonstrasi Mesir: IKRAM Tunjuk Solidariti

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Malaysians 4 Egypt - M4E bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia, dan beberapa NGO Islam yang lain, serta Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah menganjurkan sebuah perhimpunan rakyat Malaysia, berdekatan kedutaan Mesir, bagi membantah tindakan kerajaan keduta Mesir menghukum bunuh seramai 529 penyokong demokrasi di Mesir.

Perhimpunan yang mengumpulkan kira-kira 3000 rakyat Malaysia bermula di kawasan berdekatan Ampang Point, setelah selesai solat Jumaat. Perarakan rakyat ini bergerak sehingga ke kedutaan Mesir di Ampang Hilir.


Beberapa kepimpinan dari badan-badan yang terlibat menjadi wakil bagi menghantar memorandum ke pihak kedutaan, dengan IKRAM dan M4E diwakili oleh Ustaz Wan Subki Wan Salleh. Namun dukacitanya, pihak kedutaan telah menolak untuk menerima memorandum dari rakyat Malaysia ini.

Pihak M4E, IKRAM, PAS dan lain-lain pertubuhan/NGO Islam, telah memberi penegasan bahawa mereka akan terus menerus menuntut keadilan dan menentang kezaliman yang dilakukan oleh pihak rejim Mesir ke atas para pejuang demokrasi.-IMHL

--
Lagi gambar boleh didapati di FB Page IHL

No comments:

Post a Comment