MESIR - Prof Dr Mohamed Badie, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, mengirimkan ucapan tahniah yang tulus kepada rakyat Mesir, negara-negara Arab dan Islam sempena Hari Raya Eidul Fitri, sambil berdoa kepada Allah SWT agar menjadikannya sebagai perayaan yang menggembirakan orang-orang Mesir, yang pernah dibayangi ketidakadilan dan kekejaman di mana kini telah menikmati kebebasan.
05 September 2011
15 August 2011
Iftar Perdana
BANGI - Iftar Perdana anjuran bersama PIBG Sekolah Sri Al Amin Bangi, Ikram Hulu Langat, Ikram Kajang, JIM Daerah Hulu Langat dan FASA telah diadakan pada hari Sabtu bermula jam 6.45 Petang.
Majlis Iftar Perdana ini telah dihadiri oleh kira-kira 800 ahli PIBG, Ikram, JIM dan FASA serta keluarga masing-masing. Turut hadir ialah Pengerusi PIBG, Dr Badrol Ahmad, Yang DiPertua Ikram Daerah Hulu Langat, Dr Mustafa Din Subari dan Yang DiPertua Ikram Kajang, Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha.
31 July 2011
121 Amal Masyarakat Dalam Ramadhan
Oleh: Qassim Abdullah
(Dipetik dari zadud-duat.blogspot.com)
121 idea ini adalah satu usaha kami untuk membantu dan menolong anda dalam aktiviti kemasyarakatan pada bulan Ramadan, dengan membentangkan idea-idea yang boleh dilaksanakan dalam alam realiti, yang kebanyakannya telah pun dilaksanakan di pelbagai tempat. Justeru, ambillah mana-mana idea yang sesuai dengan anda dan apa yang boleh anda lakukan. Saya percaya bahawa idea-idea yang disenaraikan lebih dari seratus ini bukanlah semua idea-idea yang sesuai untuk disampaikan kepada masyarakat pada bulan Ramadan, bahkan ianya hanya satu model sahaja, dan anda boleh mengambil idea hasil cetusan anda sendiri dan saudara-saudara anda yang akan menambah koleksi idea sedia ada.
Anda akan temui idea yang kami senaraikan di bawah berbeza-beza mengikut keadaan dan tempat seperti di rumah, jalan, masjid dan kampung hingga kepada simbol-simbol, pertubuhan, persatuan, kelab, institusi dan syarikat-syarikat, dan kami tidak lupa kepada wanita, anak-anak, remaja dan pelajar, dan kami akhiri dengan paksi elektronik kerana kepentingannya pada masa ini.
06 July 2011
Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA
IKRAM Hulu Langat dan IKRAM Health bersama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, Persatuan Penduduk Seksyen 9 BBB dan Masjid Al-Hasanah BBB akan mengadakan:
Program Pemeriksaan Kesihatan (PERCUMA)
~ Pemeriksaan tekanan darah (sasaran untuk 200 orang) ~
~ Pemeriksaan gula dalam darah (sasaran untuk 200 orang) ~
~ BMI: Body Mass Index (sasaran untuk 50 orang sahaja) ~
~ Pap Smear bagi wanita (sasaran untuk 50 orang sahaja) ~
Dengan bertemakan:
<B68.gif>KELUARGA SIHAT, HIDUP PUN HEBAT, JIRAN MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT!<B68.gif>
Pada 10 Julai 2011
Jam 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Bertempat di Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi
Terbuka kepada semua ahli IKRAM Zon Selatan Selangor (Hulu Langat, Kajang, Sepang) dan Putrajaya. Juga kepada penduduk-penduduk sekitar seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
18 May 2011
Program Sambutan Ahli Baru
BANGI - Sebuah taklimat berkenaan IKRAM telah diadakan untuk ahli-ahli baru Daerah Hulu Langat pada hari Selasa, 17hb Mei 2011. Taklimat ini telah dihadiri kira-kira 40 orang termasuk 22 ahli baru. Kebanyakan ahli-ahli baru yang hadir adalah mereka yang menetap di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Berikut merupakan laporan bergambar suasana program tersebut.
YDP Ikram Hulu Langat sedang menyampaikan ucapan aluan.
03 May 2011
Al-Qur'an Sebagai Panduan Hidup
Oleh: Saudara Shaffie Mokhtar
Sesungguhnya Allah Yang Maha Esa telah menurunkan kitab suci Al-Qur'an kepada umat manusia sebagai satu kitab panduan yang dengannya manusia seharusnya berpegang supaya kehidupan ini sentiasa di dalam jalan kebenaran. Bermula saat ianya diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satu-satunya kitab panduan bagi umat manusia yang isi kandungannya tidak sedikitpun ada kekurangan maupun tokok tambah walau sebiji hurufpun. Bagaimana ini mungkin terjadi, kerana ianya merupakan suatu mukjizat yang dijamin Allah akan keasliannya sehinggalah ke hari Kiamat. Bagi yang membaca apa lagi yang menghafaz, disediakan ganjaran yang cukup besar untuk bekalan di hari muka kelak.
30 March 2011
Masyarakat Perlu Berpegang dengan Adab dan Akhlak Mulia
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Masyarakat Perlu Berpegang dengan Adab dan Akhlak Mulia
Jumaat, 20 Rabiul Akhir 1432H/25 Mac 2011M
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang berat tuduhan salahlaku seks terhadap ketua pembangkang.
Isu yang ditimbulkan dan cara pendedahannya mencerminkan keaiban masyarakat kita. Ia menimbulkan persoalan sama ada masih wujud saluran amr makruf nahi mungkar. Ia bagaikan tidak mengutamakan pandangan agama, adab dan tata susila.
09 March 2011
Hari Wanita Sedunia 2011
Kenyataan Media
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Sempena Hari Wanita Sedunia 2011
Tema:
‘Equal access to education, training and science and technology: Pathway to decent work for women’ (Peluang yang sama rata untuk mendapatkan pendidikan, latihan, sains dan teknologi: Jalan untuk meraih kerjaya yang baik kepada wanita).
8 Mac 2011 bersamaan 3 Rabiul Akhir 1432 H
Latar Belakang
1.0 Saban tahun Hari Wanita Sedunia disambut pada tanggal 8 Mac di serata dunia bagi memberikan pengiktirafan kepada sumbangan besar yang dimainkan oleh kaum wanita dalam pembangunan masyarakat dan negara. Sambutan ini juga adalah bagi memperingati perjuangan wanita dalam menuntut hak-hak mereka. Bagi wanita Islam perjuangan memartabatkan kedudukan wanita telah bermula sejak 1432 tahun dahulu dengan turunnya risalah Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw. Risalah yang dibawa oleh Rasulallah saw telah pun meletakkan kedudukan wanita pada tahap yang tinggi dan kaum lelaki menjadi pelindung kepada wanita. Kedudukan ini akan hanya dapat dikembalikan apabila syariah Islam itu dilaksanakan sepenuhnya dan manusia menjalani kehidupan mengikut apa yang telah disusun oleh Allah SWT.
28 February 2011
Mukhayyam: Menawan Puncak Gunung Nuang
HULU LANGAT - Sebuah perkhemahan IKRAM Hulu Langat (HL) untuk Ahli Aktif dan Ahli Teras ikhwah (lelaki) telah diadakan bermula 26 sehingga 27hb Februari 2011. Perkhemahan atau lebih biasa disebut mukhayyam telah dianjurkan oleh JK Tarbiyah daerah. Ustaz Zamri Abd Rahim, Pengerusi JK Tarbiyah daerah HL berkata, objektif mukhayyam adalah untuk meningkatkan tahap disiplin dan ukhuwwah di antara ahli selain dari untuk menawan puncak Gunung Nuang. Berikut ekstrak (yang telah disunting) email salah seorang peserta:
07 February 2011
AJK Unit Keluarga Pertubuhan IKRAM DHL
Mewakili AJK Unit Keluarga Pertubuhan IKRAM Daerah Hulu Langat:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ikhwah & akhawat yang dihormati;
Kami dari Unit Keluarga Pertubuhan IKRAM Daerah Hulu Langat bakal menganjurkan satu program forum sempena sambutan maulidur rasul pada tahun ini.
Program ini bakal dijalankan di Ruang legar Tingkat Bawah Flat Council Home Seksyen 16 Bandar Baru Bangi pada 15 Februari 2011 pukul 8:00a.m. - 1:00pm.
Program ini adalah kerjasama antara Unit Keluarga Pertubuhan IKRAM Daerah Hulu Langat, PITRAH (Pertubuhan Ibu Tunggal Rangkaian Hati) ,AJK Council Home Sec 16 Bandar Baru Bangi dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.
Panelis2 yang bakal menjayakan forum ini adalah termasuk:
1. Ustazah Anisah Abd Ghani - Pensyarah Syariah Univerisiti Malaya;Ahli Majlis Tertinggi, Dewan Perwakilan Nasional ,Pertubuhan IKRAM Malaysia, Pakar Rujuk Tabung Haji Malaysia
2. Ustaz Zamri bin Abd Rahim - Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran
3. Puan Zaiton bt. Ismail - pelajar PHD UIA dan kaunselor
4. Moderator - Dr Noor Azizah Tahir (AJK Unit Keluarga Pertubuhan IKRAM Daerah Hulu Langat )
Di samping aktiviti forum; program ini juga bakal memberikan khidmat 'medical check-up' percuma buat peserta-peserta program - terutama penduduk-penduduk flat sek 16.
Dengan ini, sukacita dimaklumkan bahawa ikhwah / akhawat yang ingin memberikan sumbangan kepada kejayaan majlis ini adalah amat dialu2kan. Setakat ini, kita masih memerlukan kira2 RM1500 untuk kelancaran program ini.
Ikhwah / akhawat yang ingin memberi sumbangan boleh terus menghubungi Abdullah (019-3591775) Atau boleh terus bank in ke akaun CIMB: Ukht/Mkck Yani 12150001482207.
Sekian Terima Kasih,
Jzkk,
Dr Noor Azizah Tahir

Subscribe to:
Posts (Atom)