26 August 2012

Aidilfitri Menyerlahkan Sejuta Makna


oleh Wan Ahmad Sanadi

Assalamualaikum,

Sungguh terasa begitu berat meninggalkan bulan Ramadhan kerana ianya adalah bulan yang:

1. Dimuliakan.
2. Sentiasa dinantikan oleh orang-orang mu'min.
3. Didalamnya penuh dengan keberkatan.
4. Penuh maghfirah.
5. Diberikan kemenangan Islam, ketika Baginda Rasulullah saw bersama para sahabat
membuka kota Makkah.
6. Menjanjikan orang-orang mu'min mendapat darjat Muttaqien, sesudah melaksanakannya dengan penuh mujahadah.
7. Allah Azza Wa Jalla menurunkan kitabNya, yang menjadi pedoman hidup orang-orang mu'min.

Setelah menyelesaikan puasa sebulan di bulan Ramadhan, orang-orang mu'min memasuki episod kehidupan yang baru iaitu kehidupan yang penuh dengan makna di samping penuh dengan erti.


25 August 2012

Raikan Pesta Ibadah Bersama IKRAM HL

Alhamdulillah, di kesempatan Ramadhan yang baru berlalu, IKRAM Hulu Langat telah menganjurkan siri  program Raikan Pesta Ibadah bersama IKRAM Hulu Langat, seperti dalam poster di bawah.


Sambutan Ramadhan Al-Mubarak yang dirindui ini telah dimulakan dengan Program Semarak Ramadhan pada 19 Julai 2012, di Musolla Sri Al-Amin Bangi. Perkongsian mengenainya telah dimuatkan dalam post sebelum ini, click di sini.

Kehangatan sambutan Ramadhan Al-Mubarak kemudiannya diteruskan dengan Iftar IKRAM Junior yang telah diadakan di dua lokasi secara serentak. Iftar khas untuk kanak-kanak, memang menarik dan mengujakan ^__^



Owh ya, sebenarnya sambutan Ramadhan oleh ahli IKRAM Jr. hulu Langat telah dihangatkan lebih awal melalui program Syoknya Ramadhan pada 15 Julai 2012. Program ini juga diadakan secara serentak untuk ahli-ahli IKRAM Jr. di Bangi & Bandar Seri Putra. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah: Presentation "Ramadhan: Hadiah dari Allah", Perbincangan : 10 Saranan di Bulan Ramadhan, Persembahan Ramadhan, Ramadhan Code Cracker, Ramadhan Word Search dan Kuiz Ramadhan.



Sehari selepas Iftar IKRAM Jr., seluruh ahli keluarga berkumpul pula di Iftar Perdana yang dianjurkan bersama dengan IKRAM Kajang & PIBG Sek Sri Al-Amin Bangi pada 28 Julai 2012.


Alhamdulillah majlis iftar tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran yang baik sekitar 700 hadirin. Alhamdulillah juga, majlis kita telah diserikan dengan kehadiran Imam Muda dari Gaza iaitu Imam  Yousef Abu Eida.



Keesokkan harinya pula, team Remaja telah menganjurkan program Remaja Raikan Ramadhan, juga serentak di 2 lokasi; Musolla Sri Al-Amin Bangi dan Surau Al-Ikhwan, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.


di Musolla Al-Amin Bangi, penyertaan adalah sangat di luar jangkaan; iaitu 3 kali ganda daripada sasaran asal. Seramai 88 orang peserta telah menyertai 3R di MAB alhamdulillah. Di Surau al-ikhwan juga, penyertaan mencecah 42 orang alhamdulillah. Program 3R pada kali ini diadakan secara bersama dengan Musolla Al-Amin Bangi dan juga Surau Al-Ikhwan. Sekolah Menengah Sri Al-Amin juga tidak ketinggalan dalam permuafakatan startegik ini dengan membekalkan tenaga fasilitator bagi merealisasikan konsep 'remaja memimpin remaja'.




Pada tarikh yang sama, iaitu pada 29 Julai 2012, JK Rabtul Am (Wanita) telah memulakan siri pertama Kuliah Ramadhan di Surau Abdul Rahman Auf, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Kuliah Ramadhan kali ini  yang bertajuk 'Puasa dari sudut Feqah & Sirah' telah disampaikan oleh Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita IKRAM Pusat. 


4 hari selepas itu, JK Khidmat Masyarakat IKRAM Hulu Langat telah meraikan anak-anak yatim dan penghuni Rumah Bakti Al-Kauthar di Musolla Al-Amin Bangi. Majlis bermula dgn berbuka puasa dan diakhiri dengan majlis pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim yang disantuni. Semoga dengan majlis ini akan melakar hubungan lebih erat di antara IKRAM Hulu Langat dan Rumah Bakti Al-Kauthar pada masa akan datang. Majlis ini juga mengingatkan kita kepada saranan Rasulullah s.a.w berkenaan keutamaan menyantuni anak-anak yatim..itulah dia 'Kasih Sejarak 2 Jari'.


Siri Kuliah Ramadhan diteruskan lagi pada 5 Ogos 2012. Tajuk yang dikupas adalah 'Kesihatanku untuk Redha-Mu', yang telah disampaikan oleh Dr Noor Azizah Tahir (IKRAM Health, Pakar Perubatan Keluarga dan Pensyarah Kanan CUCMS).

Pada hari yang sama juga, seluruh ahli IKRAM Selangor berkumpul di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk menjayakan Ijtima' Ramadhan IKRAM Selangor (IRIS).  


Seminggu selepas itu, pada 11 Ogos 2012, JK Khidmat Masyarakat IKRAM Hulu Langat telah menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan mereka yang memerlukan, melalui program yang dinamakan Tautan Kasih Ramadhan. Alhamdulillah, majlis yang melibatkan 130 orang penerima di kalangan ibu tunggal khususnya di Council Home, Bandar Baru Bangi ini telah dijayakan melalui kerjasama dengan Islamic Relief Malaysia (IRM), Surau Ar-Ridhuan, Apartment Seri Cempaka, Council Home dan Persatuan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (PITRAH).




Selain daripada pek ramadhan dan sumbangan yang disampaikan pada Majlis Tautan Kasih, sumbangan juga disampaikan di rumah penerima-penerima. 

YDP IKRAM HL, Sdr. Sufyan Mohd Nor bersama Pengerusi JK Khidmat Masyarakat telah menziarahi Pusat Jagaan Siti Noraini pada hari Ahad 12/8/2012 yang lalu. Sdr. Sufyan juga telah menyampaikan sumbangan daripada IKRAM HL yang berupa bantuan wang tunai beserta barang keperluan harian.



Ketua Wanita IKRAM HL, Puan Zuraidah Kornain menyampaikan sumbangan kepada Saudari Fatima.

 
Keesokkan harinya, unit remaja sekali lagi menganjurkan program Remaja Raikan Ramadhan. kali ini, pengisiannya adalah berkenaan pecutan di 10 hari akhir ramadhan, dan bagaimana meneruskan kecemelangan selepas Ramadhan. 3R kali ini telah diadakan secara penganjuran bersama dengan Surau Al-Kauthar Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.



Pada hari yang sama juga, telah berlangsung siri terakhir Kuliah Ramadhan di Surau Abdul Rahman Auf. Kali ini, perkongsian bertajuk 'Madrasah Ramadhan' yang telah disampaikan oleh Ustaz Zamri Abdul Rahim yang merupakan imam Surau Abdul Rahman Auf sendiri.

Kemeriahan Semarak Pesta Ibadah IKRAM Hulu Langat telah dijayakan lagi dengan Iktikaf Perdana pada malam 27 Ramadhan di Masjid UKM.

Semoga Allah menerima amalan kita semua. Taqabbalallahu minna wa minkum, Kullu 'aam wa antum ilallahi aqrab. Semoga kita tergolong di kalangan yang menang dan kembali kepada fitrah. 

21 July 2012

Semarak Ramadhan

Pertubuhan Ikram Daerah Hulu Langat telah mengadakan program Semarak Ramadan pada 19 Julai 2012 di Musolla Sekolah Sri Al-Amin, Bangi. Lebih 100 ahli serta keluarga masing telah hadir diprogram ini. Antara agenda pada malam tersebut termasuklah ucapan aluan YDP Daerah yang menyentuh beberapa perkara berkaitan dengan bulan ramadan.


25 June 2012

Tahniah Buat Dr. Muhammad Mursi


Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
25 Jun 2012 / 5 Syaaban 1433 H

Ucapan Tahniah Buat Dr Mohamed Morsi, Presiden Mesir Yang Baru

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan menzahirkan rasa keyukuran di atas kemenangan Dr Mohammed Morsi Isa' al-Ayyat calon Ikhwanul Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden Mesir mewakili Parti Hizbul Hurriyah wal ‘Adalah atau Freedom and Justice Party (FJP) pada 16 dan 17hb Jun 2012.


16 June 2012

"My Family, My Ummah"


Istimewa untuk akhawat IKRAM Hulu Langat

Jom ke

COFFEE TALK 1:
"My Family, My Ummah"

bersama:
Ukht Azlina Roszy Mohamad Ghaffar
(Aktivis Wanita IKRAM, Pakar Psikologi Keluarga)

18 JUN 2012 (ISNIN)
8.30 malam- 11.00 malam
di Musolla Sri Al-Amin Bangi

*Sumbangan RM10 per kumpulan usrah, boleh diserahkan semasa mendaftar pada hari program

*Kopi minda, minuman air mineral dan kudapan disediakan ^__^

kerjasama semua naqibat untuk mengesahkan kehadiran ahli kumpulan masing-masing kepada ukht wardah 019 633 6320 atau ukht norazizah 013 386 3161 selewat-lewatnya jumaat 15 Jun 2012 adalah sangat-sangat dihargai ^__^

jazaakumullahu khayran katheera

Jumpa 18 Jun ini insyaAllah!!

07 June 2012

Lawatan Tokoh Syria

KUALA LUMPUR – Sekretariat Gabungan Selamatkan Syria yang diterajui IKRAM, ABIM, HALUAN dan 24 NGO, telah menjemput dua tokoh Syria untuk memberi kesedaran tentang realiti kebangkitan rakyat dan krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Syria hasil kekejaman rejim Basyar Al-Assad. Mereka ialah ulama Syria yang juga pembantu khas Dr Yusuf Al-Qardhawi, Dr Khaled Hindawi dan pimpinan Ikhwan Muslimun Syria, Dr Amer Abu Salamah yang diturut ditemani seorang lagi pimpinan, Dr Salamah.

Mereka tiba pada Khamis 24 Mei 2012 dan pada malamnya mereka diraikan dalam majlis perjumpaan dengan para pimpinan IKRAM. Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad turut melancarkan Tabung Kasih Ummah Syria. Pada pagi keesokannya, Jumaat 25 Mei 2012, mereka menghadiri sesi rakaman di RTM untuk diterbitkan sebagai rencana pendek dalam Berita Dunia pada jam 11.00 malam tentang perjuangan Ikhwan Muslimun di Syria. Selesai solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM Gombak, Dr Khaled menyampaikan ucapan mengenai Syria kepada pelajar dan kakitangan UIAM. Kemudian, beliau bergegas menghadiri sesi rakaman TV3 di Damansara Utama, yang akan diterbitkan dalam bentuk dokumentari. Pertemuan bersama pelajar Arab di UIAM turut diadakan pada malamnya.


31 May 2012

Water Games IKRAM Jr.

Program Water Games! anjuran IKRAM Hulu Langat
(Perkongsian dari Saudari Iman)

Alhamdulillah berjalan lancar dengan kehadiran 34 aulad lelaki dan perempuan berumur 4-12 tahun. Aulad datang dari Bandar Baru Bangi dan juga dari kawasan Bandar Seri Putra.

Program bermula pada pukul 9 pagi, di mana aulad diminta mendaftarkan diri dan membayar yuran penyertaan RM10 kepada AJK IKRAM Jr, Makcik Azwa. Sementara itu, remaja IKRAM Teens yang datang membantu diberi sedikit taklimat oleh Makcik Iman. Ingatan kepada mereka: Keselamatan paling penting!

Setelah membuat pendaftaran kehadiran, masa untuk main!

29 May 2012

Tabung Kasih Ummah Syria 2012

Sesungguhnya Allah telah menyuruh kita untuk berlumba-lumba di dalam melakukan kebaikan; "Maka berlumba-lumbalah kamu di dalam melaksanakan kebaikan" (al-Baqarah, 2:148).


27 May 2012

Exam: Anak Rileks, Ibu Bapa Stress

UKM BANGI, 26 Mei: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Sri Al-Amin Bangi telah menganjurkan sebuah forum khas bersama Tn. Hj. Ahmad Shafiai Uda Jaafar (atau lebih dikenali sebagai Pak Utih) yang bertajuk; Exam: Anak Rileks, Ibu Bapa Stress. Program tersebut telah dianjurkan di Kompleks Tun Abdullah Muhammad Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program yang bermula pada pukul 9 pagi tersebut telah mendapat sambutan dari lebih kurang 60 orang ibu bapa. Pada awalnya, majlis telah dimulakan dengan alunan bacaan al-qur'an bagi menambah keberkatan program. Setelah itu, Dr Mohd Fadzil, Pengerusi PIBG sekolah telah memberikan kata-kata aluan sebagai pemula bicara pada hari tersebut. Di antara perkara yang disebut adalah...

Setelah selesai sesi pembukaan, majlis telah diserahkan kepada Pak Utih. Celoteh-celoteh bersama Pak Utih telah dibuat dalam dua bahagian, dengan rehat di tengah-tengahnya. Di antara isi penting di dalam colethnya ialah bagaimana berbeza-bezanya anak-anak lelaki dan perempuan, dan bagaimana ibu bapa sepatutnya melayan setiap satunya dengan cara yang berbeza. -IHL

24 May 2012

Water Games



Ibubapa yang dihormati,
IKRAM Jr. kembali lagi dengan aktiviti

"WATER GAMES"
29.5.2012 (Selasa)
Kelab Golf Danau, UKM
9.00am - 12.00pm
Terbuka kepada anak-anak berumur 6 hingga 12 tahun.

Untuk pendaftaran & maklumat lanjut, hubungi:
Ukt Azwa | 013-391 5208.

Jom ajak anak-anak LIKE facebook IkramJuniorDaerahHuluLangat dan berkongsi ilmu dan pengalaman di sana ^_^