TERAS JERNANG, 21 September: IKRAM Hulu Langat dengan kerjasama telah GEMA Young Parents Club (YPC) dan Former Al-Amin Students Association (FASA), telah menganjurkan sebuah program bertajuk "Bengkel Interaktif Kanak-kanak (Siri 2)", bertempat di Masjid al-Solihin, Kg. Teras Jernang, Bangi.
Program yang dianjurkan oleh tiga badan ini mendapat sambutan yang sangat memberansangkan dari para ibu bapa muda dan juga para pengusaha taska serta guru-gurunya. Bengkel ini menampilkan Puan Azlina Roszy Mohammad Ghaffar, seorang psikologis klinikal dari Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.
Beliau telah menyatakan di dalam pendahuluan sesi perbincangannya, " Hadith nabi mengatakan bahawa; 'Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kemudian ibu bapanyalah yang menjadikan dia seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi...' Oleh itu, kedua ibu bapa seorang kanak-kanaklah yang mencorakkan kehidupan seseorang anak, dan juga suasana sekelilingnya"
Pendekatan yang dibawa oleh Puan Azlina Roszy banyak berkisar di sekitar prinsip ini. Beliau telah memberikan bimbingan dalam bentuk penekanan terhadap sikap ibu bapa terhadap anaknya.
Puan Azlina menyebut bahawa generasi terkini, yang merupakan generasi alfa merupakan satu generasi yang sangat terdedah kepada internet, "Mereka ini lahir sahaja, dunia telah mengenalinya". Beliau juga banyak mengingatkan ibu bapa yang hadir tentang kesan mendedahkan anak-anak kepada internet, iPad, dan yang seumpama dengannya, pada peringkat umur yang terlalu awal.
Di akhir program, para peserta telah mengambil gambar bersama Puan Azlina dan barisan penganjur program. Mereka juga menunjukkan solidariti buat rakyat Mesir.-IMHL
Note: Sila lawati facebook page IKRAM Hulu Langat untuk melihat lagi gambar; KLIK.
No comments:
Post a Comment