19 November 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL BELIA 3 PENJURU

18 November 2012--Sebuah perlawanan futsal persahabatan 3 penjuru di antara Belia IKRAM Hulu langat, Subang jaya (tuan rumah) dan juga Shah Alam telah diadakan di Subang Jaya Sport Planet. 

YDP IKRAM Selangor, Prof Madya Ustaz Hasanudin Yunus telah turun padang untuk acara perasmian penutup perlawanan. 

Pasukan Hulu Langat diketuai oleh Akhi Aizuddin (ketua JKBR DHL) dan juga Akhi Helmi (ketua pasukan). Pasukan Subang Jaya pula diketuai oleh Akhi Bilal Farid (ketua JKBR) dan juga akhi Zahid Jiwa. Tambah menarik apabila Ustaz Hajar (YDP Subang Jaya) juga turut bermain di dalam pasukan belia Subang Jaya. Manakala pasukan Shah Alam diketuai oleh Akhi Aminuddin.

Perlawanan persahabatan 3 penjuru ini bertujuan untuk memperdalam taaruf di antara penggerak belia pelbagai daerah, berkongsi pengalaman 3 daerah bergiat di dalam arena tarbiah dan dakwah di kalangan belia, di samping memudahkan urusan networking utk joint venture program di kalangan belia di masa hadapan.

Keputusan perlawanan--Hulu Langat juara, Shah Alam kedua dan Subang Jaya ke-3.

Tazkirah menarik turut disampaikan oleh YDP IKRAM selangor. YDP mencabar pula selepas ini utk ikhwah menawan gunung tahan. Hadiah khas ditawarkan oleh YDP untuk daerah pertama di Selangor yang berjaya menawan puncak gunung tahan. 

No comments:

Post a Comment