25 November 2012

NETWORKING HI-TEA NGO-NGO WANITA


Alhamdulillah pada 24 November 2012, telah berlangsung majlis yang dinamakan dengan "Networking Hi-Tea" Wanita IKRAM Hulu Langat di Dewan Bankuasi, Bangunan Canselori, UKM. 

Majlis bertujuan untuk:
1. Beramah mesra dan membina hubungan antara pelbagai organisasi wanita di sekitar Bandar Baru Bangi.
2. Mewujudkan wadah untuk berkongsi dan bertukar pandangan.
3. Menjalin kerjasama strategik untuk memartabatkan wanita, khususnya di daerah Hulu Langat.
Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Wanita IKRAM Selangor, PM Dr Roohaida Othman yang kemudiannya disusuli dengan pembentangan pengenalan IKRAM oleh Ketua Wanita IKRAM Hulu Langat, Hjh Zuraidah Kornain.
 Aturcara majlis

 Pengerusi JK Pembangunan Mahasiswa Wanita IKRAM Hulu Langat, Ukht Wardah Mustafa Din siap sedia menyambut tetamu di meja pendaftaran, dengan cenderamata untuk semua tetamu yang hadir 

Ketua Wanita IKRAM Selangor, PM Dr Roohaida Othman menyampaikan ucaptama

 Ketua Wanita IKRAM Hulu Langat memperkenalkan IKRAM dan berkongsi isu setempat yang harus didokong bersama


Majlis juga turut diisi dengan pembentangan ringkas oleh wakil-wakil NGO/Persatuan yang hadir. Sebanyak 16 NGO/Persatuan telah dijemput dan alhamdulillah, 12 daripadanya telah hadir. Antara yang telah dijemput ialah:  
  1. Surau An-Nur Seksyen 1 B.B.B
  2. Pengasas SusuIbu.com
  3. Pertubuhan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (PITRAH)
  4. HELWA ABIM Bangi
  5. Surau Abdul Rahman Auf
  6. Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM)
  7. PELITAWANIS TNB cawangan UNITEN
  8. Nisa’ Serdang
  9. Surau Al-Kauthar
  10. Masjid Al-Hasanah
  11. Persatuan Penduduk BBB
  12. Dewan Muslimat Pas Serdang
  13. SUKMANITA UKM
  14. HELWA PKPI TNB BANGI
  15. Ketua HALUANITA Hulu Langat
  16. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) 
Beramah mesra, berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan dengan tetamu yang hadir

Wakil organisasi yang hadir berpeluang berkongsi tentang organisasi masing-masing


Semua wakil yang hadir membawa bahan pengenalan kepada organisasi masing-masing. Di dalam gambar adalah maklumat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh susuibu.com



 Pada akhir sesi, semua peserta telah bersepakat mengeluarkan satu resolusi bersama, berbunyi seperti berikut: 
Majlis “Networking Hi-Tea” NGO-NGO Wanita
Bandar Baru Bangi yang bersidang pada hari ini,
24 November 2012 bersamaan 10 Muharram 1434 Hijrah, telah bersetuju untuk :
Menyokong usaha menghentikan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat khususnya wanita dan kanak-kanak di Palestin, Syria dan Arakan DAN turut menyokong resolusi forum peranan NGO dan surau dalam merealisasikan Bangi Bandar Ilmu 1/3/2009 seperti berikut:
1.Memperkemas jaringan kerjasama antara semua NGO
2.Mewujudkan saluran komunikasi antara semua NGO
3.Menggerakkan insitusi keluarga bermula dengan program parenting/kemahiran keibu-bapaan
4.Mempertingkatkan peranan muslimat


 Antara cenderahati yang disediakan di dalam bag IKRAM. Penghargaan kepada kumpulan belia akhawat yang membantu menyediakan cenderahati comel ini.

Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara kebaikan...Semoga usaha kerjasama yang dirintis hari ini akan membuahkan rahmah untuk masyarakat Hulu Langat khususnya



Alhamdulillah, semoga usaha ini dapat menjadi pemangkin ke arah pelbagai kerjasama di masa akan datang dan seterusnya berjaya mewujudkan barisan pendokong syariat Allah di peringkat daerah Hulu Langat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Wanita IKRAM Selangor yang sudi hadir dan menyampaikan "key-note address". Terima kasih kepada semua AJK Wanita Daerah Hulu Langat yang telah berusaha ke arah menjayakan majlis Hi-tea ini. Terima kasih juga kepada YDP dan semua ahli IKRAM yang telah menyokong dan memberikan kerjasama. Semoga Allah memberikan sebaik-baik ganjaran.


Kiri atas: tetamu yang hadir
Kanan atas: antara menu yang dsajikan
Kiri bawah: jaunter Aqsa Syarif 
Kanan bawah: Ukht Norsham Abu Bakar, Pengerusi Majlis yang berpengalaman. Beliau juga adalah AJK Pembelaan Umat Sejagat IKRAM Hulu Langat

No comments:

Post a Comment