22 November 2012

YB Rodziah Ismail rasmikan 'Berjalan 1000 Langkah'

Surau Abdul Rahman bin Auf, BBB, 04 Muharram 1434 = 18 November 2012 (Ahad): YB. Hajjah Rodziah bt. Ismail, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Dan Kebudayaan telah hadir untuk merasmikan Program Berjalan Seribu Langkah.

Program ini yang diadakan di Perkarangan Surau Abdul Rahman bin Auf, Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi adalah anjuran bersama Surau Abdul Rahman Auf, Pusat Khidmat Adun Bangi, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) MPKj Zon 23, Persatuan Kebajikan Bangi Prihatin (Bangi Care), Dewan Muslimat PAS Serdang dan Wanita IKRAM Hulu Langat.




Hadir sama ialah YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang), YB Dr Shafie (Adun Bangi), dan Ustaz Shafie Ngah (Ahli Majlis Zon 23 MPKj)

Kemuncak program adalah ceramah kekeluargaan daripada AJK IKRAM Pusat & Pengerusi JK Pembangunan Sosial, PM Dr Harlina Halizah Hj. Siraj.







Antara peserta dan tetamu yang turut hadir. Kelihatan YDP IKRAM Hulu Langat, Hj. Sufyan Mohd Nor dan Ketua Wanita IKRAM Hulu Langat, Hjh. Zuraidah Kornain di barisan hadapan.

 

Antara objektif program ialah untuk menanamkan kesedaran di kalangan ahli masyarakat tentang potensi dan peranan yang boleh dilakukan untuk membina keluarga bahagia. 

Puan Halimah bt. Abdul Hamid (ahli IKRAM Kajang) yang menjadi pengerusi majlis pada program tersebut


No comments:

Post a Comment