Sesi hari pertama program ini berkonsepkan latihan Street Dakwah untuk melatih para peserta sebelum sesi praktikal pada hari kedua. Program telah berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang dan penyertaan adalah percuma. Para peserta seramai 500 orang telah hadir dari seluruh pelusuk negeri Selangor.
Latihan telah dikendalikan oleh Saudara Kamarul Zaman Nur Muhammad (Pengerusi JK Dakwah IKRAM Hulu Selangor dan juga merupakan AJK Dakwah IKRAM Pusat).
Program ini adalah anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dengan kerjasama IKRAM Negeri Selangor, Hidayah Centre, IIS, MACMA, FCR Alumni, PERKIM.
Program bermula dengan sesi pendaftaran dan sarapan. Kemudian disusuli dengan sesi perasmian. Slot pertama menyusul dengan pengisian dan latihan berkaitan "Etika Berdakwah, Soalan Lazim dan Role Play". Kemudian para peserta melalui sesi bengkel bagi memantapkan kefahaman yang diperolehi daripada slot pertama tadi. Setelah itu, para peserta berehat untuk solat dan makan tengahari.
Bengkel 2 bermula selepas sesi rehat kemudian disusuli dengan sesi agihan dan perbincangan kumpulan untuk pelaksanaan Street Dakwah Praktikal pada hari ahad di daerah pilihan masing-masing di seluruh negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment