25 November 2012

SUNATHON AMAL 2012

Alhamdulillah hari ini 25 November 2012, IKRAM Hulu Langat sekali lagi terlibat dalam program bersama masyarakat yang dinamakan Sunathon Amal.

Pagi yang indah dan nyaman..di Kompleks Pendidikan Islam yang permai

Pada tahun ini seramai 95 orang peserta telah mendaftar untuk aktiviti berkhatan beramai-ramai ini. Program tahunan anjuran Hospital Pakar An-Nur dengan kerjasama IKRAM Hulu Langat, Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, dan Persatuan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) TNB Bangi kali ini diadakan di Kompleks Pendidikan Islam Bandar Baru Bangi.

Kelihatan YDP IKRAM Hulu Langat, Hj. Sufyan Mohd Nor bersama Penaung Program Sunathon Amal 2012--Dr. Tajul Ariffin Nordin (yang juga Pengerusi Kompleks Pendidikan Islam Bangi), dan Tn. Hj. Shaharom Md. Shariff (CEO Hospital Pakar An-Nur).

Program bermula dengan sesi pendaftaran dan sarapan seawal 7.30 pagi, dan disusuli dengan majlis perasmian oleh Adun Bangi, YB Dr Shafie Abu Bakar. Majlis turut diserikan dengan persembahan dan penyampaian sumbangan dan cenderahati kepada para peserta Sunathon. 

Setelah itu, para peserta dan ibu bapa diberi  taklimat oleh Pakar Bedah Hospital An-Nur, sebelum para peserta berarak diringi paluan kompang dan siraman air pancut oleh pihak Bomba.


para peserta Sunathon disirami air dari paip bomba

Acara berkhatan bermula jam 10.00 pagi. Sementara acara berkhatan berlangsung, sesi selari untuk 3 peringkat umur kanak-kanak turut berlangsung di tingkat 1 Kompleks Pendidikan Islam Bangi, untuk turut meraikan anak-anak yang mengiringi peserta khatan.

Serentak dengan itu, para ibu bapa turut disajikan santapan rohani dan minda oleh Ustaz Zamri Abdul Rahim di auditorium, dengan tajuk ceramah: 'Anak: Musuh atau Sahabat ke Syurga'. Ustaz Zamri adalah Ketua Unit Pendidikan Islam Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Majlis berakhir dengan makan tengahari dan solat zuhur.

Antara AJK-AJK IKRAM Daerah Hulu Langat dan Aqsa Syarif Hulu Langat yang turut hadir


Antara peserta yang telah selesai berkhatan

Membaca buku yang dihadiahkan kepada peserta.

 Tahniah adik!

bergaya bersama button badge Proud to be a Muslim

Sementara abang mereka bersunat, adik-adik mereka disantuni oleh para ahli wanita IKRAM dalam 3 program selari. Salah satunya dikendalikan oleh Ukht Azuwa daripada JK Aulad IKRAM Hulu Langat

Sesi art and craft bertemakan kesihatan turut dibantu oleh ahli IKRAMTeens

Antara AJK daripada kalangan wanita IKRAM yang turut berkhidmat

Di dalam bilik menunggu. Sementara giliran sampai, anak-anak menonton cerita upin dan ipin

Sesi bersama kanak-kanak..seronok dan khusyu' semuanya

pameran IKRAM Hulu Langat dan Aqsa Syarif

Fasilitator daripada IKRAMTeens & Belia IKRAM Hulu Langat turun padang menyantuni kanak-kanak yang turut hadir..

No comments:

Post a Comment