24 November 2012

LIPUTAN BERJALAN 1000 LANGKAH (part 2)


Setelah berkumpul di perkarangan Surau Abdul Rahman bin Auf seawal jam 7.30pagi, dan melakukan pendaftaran, para peserta telah berjalan sebagai simbolik erti mengambil langkah dan bertindak, selain bersenam menyihatkan badan di pagi hari Ahad tersebut. Para peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat umur sesuai dengan objektif program untuk mengadakan program untuk seisi keluarga.




Program ini juga dimeriahkan dengan adanya pemeriksaan kesihatan oleh Hospital Pakar An-Nur dan Darus-Syifa`. Selain itu terdapat pelbagai booth pameran. IKRAM Hulu Langat dan Aqsa Syarif turut berpeluang bersama masyarakat dengan membuka booth pameran serta mengedarkan booklet Bingkisan Keluarga (siri 1)--Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera, selari dengan tema dan objektif serta pengisian program ini, ke arah membina keluarga yang bahagia dan sejahtera.

Pameran IKRAM Hulu Langat dan institusi-institusinya

Booklet Bongkisan Keluarga yang diedarkan kepada masyarakat yang hadir

Jazaakumullah kepada ahli yang hadir bertugas

No comments:

Post a Comment