17 October 2013

Program Qurban 1434H

SUNGAI TANGKAS, 15 Oktober: Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Hulu Langat (IKRAM HL) telah menganjurkan program Qurban 1434H bertempat di Sekolah Sri Al-Amin, Bangi, dengan kerjasama pihak sekolah dan Surau Ar-Ridhuan (Seksyen 16, Bandar Baru Bangi). Program yang unik ini telah dianjurkan buat julung kalinya, dengan kerjasama pelbagai pihak.

Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan, dengan dua daripadanya disembelih di kawasan sekolah. Sambutan yang begitu memberansangkan telah mengumpulkan lebih 40 sukarelawan bermula pukul 11 pagi, dari ketiga-tiga pihak penganjur bagi bergotong-royong memproses lembu yang telah disembelih.

Turut hadir di dalam majlis tersebut, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, YDP IKRAM Negeri Selangor, yang juga menjadi salah seorang penyembelih korban.

Bahagian-bahagian yang telah dibahagi-bahagikan, telah diagihkan kepada para peserta program Qurban, kepada sukarelawan, dan juga kepada masyarakat terpilih yang dikenal-pasti oleh pihak penganjur.

Majlis tamat selepas solat asar, setelah kawasan sekolah dibersihkan.-IMHL

Nota: Lagi gambar boleh didapati di FB Page IKRAM HL di album Qurban 1434H.

No comments:

Post a Comment