1. Mengenang
dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang
dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Bapa Para Nabi’ yang
sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan
ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya
dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi
pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan
mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.
2. Sebagai
satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui
bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian
hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup
mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang tercinta. Di samping itu
melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.
3. Melatih
diri agar sentiasa bersedia untuk berqurban bila-bila masa diperlukan demi
menegakkan agama Allah.
“Demikianlah perintah Allah
dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu
timbul dari ketaqwaan hati.”
(al-Haj, 22:32)
5. Untuk
melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu banyak ke atas
diri kita dan yang masih menghidupkan kita.
6. Sebagai
penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan, sama ada
melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah.
7. Untuk
memberikan kegemberiaan kepada keluarga yang melakukan qurban dan orang-orang
lain yang mendapat bahagian daripada daging qurban tersebut, di mana mereka
dibenarkan untuk memakan, mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk
dimakan dalam jangka masa yang lama.
8. Sentiasa
mengingatkan kita, bahawa hidup ini amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk
mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita
ceburi. Tanpa pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment